Bugis: Pendatang asing, Penduduk Tetap & Anak Watan Asli???

wedbugisBila saya melihat kepada situasi yang sering diperdebatkan di mana-mana Forum seperti Sabah Forum, seringkali berlaku percakaran apabila perkataan “BUGIS” dikemukakan. Mengapa ini boleh berlaku?
Ianya sinonim dengan isu yang masih hangat diperkatakan oleh anak watan Sabah mengenai kedudukan sebenar bangsa Bugis di kaca mata rakyat Sabah.

Maka, di sini kita akan mengambil peluang untuk menjelaskan apakah kedudukan bangsa Bugis di Sabah. Penduduk Sabah mempunyai sejumlah besar masyarakat majmuk malah bilangan etnik yang wujud di Sabah lebih banyak berbanding di Semenanjung Malaysia. Bagaimana pulak kita akan mengkategorikan masyarakat Bugis dalam rumpun rakyat tempatan Sabah.

Catatan dari Sejarah Kedatangan Awal Bangsa Bugis Ke Sabah

Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.

Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.

Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.

Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.

Di sini menunjukkan dengan jelas kedudukan masyarakat Bugis sebagai anak watan Sabah tetapi timbul persoalan apakah anak-anak bangsa Bugis yang ada sekarang ini adalah dari keturunan awal rakyat tempatan Bugis tersebut?

Bagaimana pulak status pendatang politik berbangsa bugis selepas kemerdekaan Malaysia atau lebih tepat lagi 20 – 30 tahun yang lalu? Mereka yang terkemudian datang ke Sabah adalah pendatang asing dan pendatang politik yang datang sama ada melalui pencerobohan mahupun undangan “Khas” ahli politik berpengaruh dengan sebab serta tujuan tertentu.

Di sini bermula lah konflik meletakkan siapa sebenar anak watan dan siapa pendatang asing kerana bangsa Bugis memang sedia ada di Sabah. Memang tidak adil jika si pendatang asing yang baru menetap di Sabah selama 20 tahun dianggap warganegara Malaysia yang berstatus Bumiputra Muslim apatah lagi memiliki keistimewaan yang tidak pernah dimiliki oleh bangsa lain seperti India dan Cina walaupun telah berakar umbi di Malaysia lebih dahulu dari mereka ini.

Kita melihat peningkatan drastik dalam jumlah rakyat berbangsa Bugis dalam 20 tahun kebelakangan ini malah sudah melangkaui jumlah rakyat peribumi KDM. Apakah perangkaan statistik tersebut menunjukkan bahawa bangsa Bugis lebih ramai yang melahirkan anak berbanding KDM, tentu tidak sama sekali!

Jawapan nya terletak kepada kedatangan pendatang asing sejak 20 tahun hingga ke hari ini yang membanjiri Bandar-bandar utama di seluruh Sabah. Mereka mengambil kesempatan di atas keistimewaan anak watan Bugis sedia ada untuk mendapatkan kemudahan tersebut untuk diri sendiri dan keturunan selepas mereka.

Maka, persoalannya mengapa ini boleh juga terjadi? Jikalah masyarakat Bugis Sabah mampu menyumbang kepada keselamatan bumi Sabah, ini semua tidak terjadi secara total. Ramai juga anak watan Bugis Sabah menghulurkan tangan di dalam membantu si pendatang asing mendapatkan kerakyatan Sabah memandangkan mereka adalah sebangsa tetapi pujian juga harus diberikan kepada mereka yang mampu berdiri teguh bersama KDM untuk membanteras pencerobohan bangsa asing biarpun ianya melibatkan saudara mara sendiri.

Sepanjang saya menglibatkan diri di dalam usaha menyedarkan rakyat Sabah mengenai isu pendatang asing, saya banyak mempelajari benda serta ilmu pengetahuan baru dan ada kalanya penulisan saya yang lalu hanya berdasarkan emosi dan bukan fakta secara keseluruhan. Namun saya juga menyeru kepada anak watan Bugis yang lain agar jangan cepat melatah apabila kita menyebut pendatang asing bangsa Bugis. Sikap sebegini akan lebih memburukkan keadaan malah mencemar nama baik bangsa Bugis sendiri, tak gitu?

Sebenarnya peluang melanjutkan pelajaran di Sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta dan peluang yang ternganga luas di bidang ekonomi banyak di “curi” oleh anak-anak yang saya kategorikan pendatang asing. Malah saya mempunyai ramai kenalan yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri atau yang telah datang ke Sabah sejak zaman anak-anak lagi mendapat pekerjaan di sektor kerajaan melalui cara serta kaedah yang “kotor”.

Apabila ini berlaku, apakah akan terjadi kepada generasi seterusnya si pendatang asing ini? Ya, tentu sekali mereka akan memperolehi kesenangan seperti anak watan Sabah. Ini yang menjadi kebimbangan kita semua. Tentu sekali peluang untuk anak watan Sabah akan tertutup dan jika ada pun, terpaksa melalui persaingan yang sengit.

Tetapi saya merasa tidak senang terhadap masyarakat Bugis tempatan kerana tidak memperdulikan isu sebegini malah mengambil sikap acuh tak acuh sahaja. Kan ini namanya akan mengundang kepada perpecahan masyarakat tempatan Sabah. Sikap berkecuali yang disokong oleh kalian akan merugikan bangsa lain dan mencemar nama baik bangsa Bugis…janganlah hanya kerana pendatang asing yang menceroboh tersebut adalah sebangsa dengan kalian atau merupakan saudara-mara kalian.

Perjuangan menentang isu pendatang asing di blog saya semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda Sabahan dan harapan saya agar jangan diperlekehkan usaha ini agar nasib anak cucu kita di masa akan datang terbela. Saya mengharapkan agar wujudnya satu jalan lain yang boleh kita semua Sabahan jadikan wadah perjuangan di dalam usaha membantu masyarakat setempat.

Salah satu cara untuk mengetengahkan suara hati kita, anak tulen Sabah kepada seluruh rakyat Sabah mahupun kerajaan Malaysia adalah dengan mengadakan satu dialog serta Forum terbuka untuk mencari jalan penyelesaian secara berperingkat. Mungkin juga boleh diwujudkan satu badan atau jawatankuasa berkecuali yang bertujuan untuk memberi input terkini dan membela nasib kita semua.

Kaedah terkini yang serba canggih seperti media komunikasi dan cetakan mampu menyampaikan suara hati kita ini tetapi perlu ada usaha berterusan dari semua pihak tanpa campurtangan politik atau dari pihak yang berkepentingan.

Penulis,
Muhd Firdaus Abdullah

Posted by Muhammad Firdaus Abdullah @Anthony Marrius

About these ads

4 Comments

Filed under Uncategorized

4 responses to “Bugis: Pendatang asing, Penduduk Tetap & Anak Watan Asli???

  1. Anti Kronisma

    As I met with the highest officer in Kementerian Pembangunan sumber & Teknologi,regarding this issue earlier this month he mention to me that Bugis race have been out from kategori ‘Bumiputera’ in State level. However in Federal Level, Bugis is consider bumiputera.

    This means they are not eligible to buy NT land anymore and scollarship state government but eligible to enter UiTM under Federal Clause.

    Thank you

    AK

  2. Assalamualaikum..

    Kebelakangan ini banyak komentar menyentuh situasi, hak-hak dan keistimewaan suku kaum Bugis. Ada antaranya yang suka, tak kurang juga yang membenci. Dari penulisan saudara, bolelah kiranya saya kategorikan sbg atas pagar, maksudnya tidak juga terlalu menyalahkan kaum Bugis itu secata pukal. Tendu saudara tertanya saya di pihak mana bukan? Saya anak jati bugis Lahad Datu. Ibu dan ayah saya lahir di Sabah dan Nenda antara pesmautautin terawal sebelum Malaysia ini merdeka lagi. Tdk pula pasti apa sumbangan nenda saya terhadap Malaysia masa itu khususnya di Sabah dalam ertikata penentangan terhadap penjajah, tp lebih suka saya berkomentar biar dari akar. Izinkan saya berkias dengan istilah penanaman. Kita ambil contoh mana-mana kitaran hidup tanaman, awal kitarannya dari pembentukan akar ke pohon, pohon ke daun, bunga buah dan seterusnya hasil.. melainkan pembaca mahu ambil contoh tananam fertigasi atau hidroponik, lain konsep kitaranya.. namun dia juga berakar. Harap pembaca faham konsep akar ini supaya mudah untuk saya terangkan tentang kewujudan bugis di Sabah secara langsung dan tidak langsung. Seperti maklum, kurun ke-15 lagi tidak kira di seluruh Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, kemampuan rakyat di 3 kawasan ini terbatas dalam mempertahankan tanah air bersendirian. Terima dgn hati ikhlas hakikat ini, saya sendiri merasa pahitnya, itu sifat jujur yang terakhir ada dalam diri kepada yang tidak berapa sukakannya. Maka atas sebab mempertahankan tanah air inilah, satu bangsa yang boleh dianggap penyelamat masa ketika itu, bangsa yang terkenal dgn perang menggunakan kayu bambu, senjata tradisional melawan bedilan meriam, senjata logam berapi sang penjajah. Itu la si Bugis. 5 kuasa penjajahan silih berganti, si Bugis tetap utuh bertahan. Dari Johor ke Kedah sampailah ke Kelantan dan sebahagianya di Tawau, Sabah. Rentetan sejarah ini, maka sistem beraja Malaysia umumnya maklum bangsa siapa kah Raja itu, bila berkomentar soal bugis, tidak pernah saya lihat sesiapa pun penulis yg bertanyakan asal-usul Raja-Raja Melayu dari sejak mula sehingga la ke hari ini (Julai 2009). Itu belum lagi Perdana Menteri dan Timbalannya.. siapa mereka ini. Asal dan usulnya? BUGIS. Di Sabah, bila menyentuh soal suku kaum ini, ramai yang kurang sedar konsep migrasi penduduk dari satu tempat ke satu tempat, tahap, masa dan bentuknya. Buatlah satu halangan dalam bentuk apa pun, konsep migrasi ini akan tetap terus berjalan dari awal pembentukan manusia hinggalah ke pengakhiran kehidupan ini. Anda suka atau tidak, sokong atau bantah, gubal atau mansuh.. ianya tetap berjalan mengikut Qadak & Qadar-Nya. Tidak perlu bersusah dan payah. Cuma, terkadang dan sangat banyak juga cara penghijrahan itu, menjadi salah kerana hukum dan undang2 buatan manusia. Kita tidak sedar, malahan syukur itu jauh sudah tiada dalam diri manusia sang pembenci. Apa yg kita kecapi, dan hadapi semasa ke semasa adalah kerana apa yang telah kita kerjakan sebelumnya. Bersyukurlah berada di pihak yang telah di anugerahkan bentuk kesenangan, bentuk kerakyatan Malaysia. Bersyukurlah kita tidak diciptakan menjadi seorang yg sengsara, seorang yg mencerobohi hak-hak orang lain, mengambil tanah, dan syukurlah kita bukan orang yang berlaku kotor ke atas orang lain yang mana penuh dgn HASAD DENGKI.

    SYUKUR ke hadrat Alla swt..

  3. haha

    hola sabahan.. bah… ngan la itu pemuda sabah.. mmg ne bangsa mcm2.. bgi yg true sabahan ok apa.. bole duduk2 sama2 isap sigup.. tapi.. yg masalah nya skrg.. kalau suda bangsa drg kena ckp itu ini.. konfrm mengamuk..haha.. wa peduli apa.. jgn men jalan belakang la.. kalau mau dapat i.c ne.. buat steady ja.. org x akan marah..

  4. Overthefence

    Ya mereka bukan bersalah berada di negeri ini, cuma masalahnya segelintir dari kaum ini terlalu tamak dan sanggup melakukan apa saja utk mendapatkan ahk kerakyatan, wlupun terpaksa dibeli. sanggup mengeluarkan duit beribu-ribu hanya untuk mndapatkan taraf bumiputra. walau pun dengan cara yang ‘KOTOR’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s