Bertegas ke atas pihak kelirukan konsep Satu Malaysia

malaysian_girls_21SATU Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini cuba diberi tafsiran yang mengelirukan. Ada pemimpin pembangkang mendakwa ia menyamai konsep Malaysian Malaysia.

Malah perkara ini juga dimainkan oleh beberapa akhbar berbahasa Inggeris dan Cina. Bagaimana dua konsep yang berbeza matlamat dan pendekatan dikatakan mempunyai visi yang serupa?

Gagasan Malaysian Malaysia telah lama diperjuangkan oleh DAP. Dasar ini memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi rakyat dengan matlamat menghapuskan pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu termasuk semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

malaysian_girlsSejak tahun 1960-an lagi DAP memperjuangkan gagasan itu dengan matlamat menghapus kontrak sosial dan ketuanan Melayu.

Asas perjuangan DAP dengan slogan Malaysia untuk orang Malaysia itu tahun demi tahun semakin disahut dan dimainkan pula parti pembangkang lain termasuk akhbar bukan Melayu.

Kalau kita perhalusi konsep Malaysian Malaysia dengan Satu Malaysia, matlamatnya jauh berbeza.

Satu Malaysia yang dihasratkan oleh Najib ialah memastikan tiada golongan atau kaum yang akan terpinggir di negara ini.

Malah, kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar dalam gagasan Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan.

Jadi majoriti kaum Melayu dan Bumiputera tidak boleh disalahkan jika mereka berasa kurang selesa dengan tindak-tanduk pembangkang dan pemimpin akhbar yang cuba menguji kesabaran penduduk pribumi.

Sudah banyak kaum pribumi beralah dan bertolak ansur demi memberi peluang kepada semua kaum agar dapat hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Oleh itu jangan kita asyik timbulkan rasa prasangka dengan cubaan terbaru – mengelirukan gagasan Satu Malaysia.

Gagasan itu sudah cantik dalam melonjakkan satu transformasi yang besar untuk rakyat dan negara kita.

Jadi adalah menyedihkan apabila gagasan Satu Malaysia itu mahu dimanipulasi atas kepentingan politik.

Satu Malaysia bukan membangkitkan soal kesamarataan dan mengetepikan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Gagasan tersebut merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara.

Perbuatan pihak pembangkang dan akhbar bukan Melayu serta blog yang cuba memanipulasi maksud Satu Malaysia, jika tidak ditangani dan dikawal boleh membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan di bawah pimpinan Najib.

Oleh itu, tindakan yang mengelirukan ini harus dihentikan segera. Kebebasan yang diberikan oleh kerajaan usah disalahgunakan.

Ada kala kita rasa adalah wajar kerajaan bertindak mengikut lunas undang-undang untuk ‘mengajar’ pihak-pihak tertentu yang tidak sudah-sudah cuba mengelirukan dan memporak-perandakan suasana politik, ekonomi dan sosial negara ini.

Leave a comment

Filed under Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s