Kursus Penanaman Lada Padi

dsc00002Kursus Penanaman Lada anjuran Biro Keusahawanan Pergerakan Pemuda UPKO Nasional & Jabatan Pertanian telah diadakan di Penampang baru-baru ini.Kursus ini bertujuan untuk menambah pengetahuan di kalangan pemuda Kadazandusun Murut berkenaan penanaman lada padi secara komersil. 

Inisietif ini telah dibuat atas dasar pergerakan pemuda mahu masyarakat KDM lebih fokus kearah keusahawanan. Ini juga berikutan meningkatnya permintaan lada secara domestik dan peningkatan harga lada padi ke paras RM25 sekilo hari ini. Maklumat terkini, sebuah syarikat di 1 Borneo kota Kinabalu menawarkan pembelian sehingga RM50 sekilo lada padi bertujuan untuk kormesil.Untuk rekod Satu hektar tanah mampu menghasilkan purata 5 hingga 10 tan cili padi setahun.

dsc00016

dsc00013

Seorang penanam berjaya, mantan YB Philip Lasimbang telah dijemput untuk menyempurnakan majlis perasmian ini. Beliau sendiri menanam lada padi menggunakan teknologi ‘fertigation’ yang dibeli beliau sendiri di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lepas. Sambil menyeru agar pribumi Sabah harus mengambil peluang dibidang pertanian dan penternakan, berikutan secara kasar,Malaysia masih lagi mengimpot lebih 100 tan lada setahun dari Negara Thai. Ini ditambah lagi dengan perlantikan Sabahan YB Tan Sri Bernard Dompok yang telah mengetuai kementerian PIC.

dsc00020

3 orang penceramah dari Jabatan Pertanian Tuaran, telah datang memberikan topik menarik berkenaan makluk perosak dan keuntungan yang bakal dijana bagi sesiapa yang berhasrat menanam cili padi.

dsc000261

dsc00023dsc00027

Seramai 45 pemuda Kadazandusun Murut dari pelusuk negeri telah hadir ke kursus ini. Rata-rata pemuda datang sejauh Keningau, Kota Marudu, Kuala Penyu dan Sipitang. Lawatan ke halaman rumah mantan YB juga telah dibuat bagi melihat sendiri bagaimana cara-cara beliau mengusahakan penanam lada padi.

Oleh : GDJ

pemuda-upko-kursus-lada-padi-2009

About these ads

5 Comments

Filed under Kadazandusun, Sabah News, UPKO

5 responses to “Kursus Penanaman Lada Padi

  1. mahadir

    kenapa tak ajak orang sabah
    sekarang ni tak payah lah nak buat suku kaum
    ajak semua one malaysia saranan PM
    harap lepas ni ajak orang sabah

  2. Pangkis Pangazou

    Wahai saudara mahadir…. kau nda nampak kah siapa yang anjur tu kursus? Bukan nda mau ajak orang Sabah yang lain… tapi sia rasa kursus ini dianjur oleh UPKO untuk membantu kaum KDM. Jan lah bah marah…. UMNO pun buli anjur bah… untuk ahli dorang saja…..infact UMNO buli buat APAAAAAA SAJA dorang suka….. kami KDM nda buli buat apa-apa juga… tingu saja lah dengan bihis-bihis kami….. tingu sajalah kamu MAKAN semua!

  3. haha

    Pangazou.. haha.. marah ko berabis ko ar.. tpi x pa.. wa pun bukan suka nama UMNO ne.. Boley maki tanpa bersumpah sumpah.. idup KDM sabahan.. hahhaa.. pi jahanam buig pilipn pakistan i.c palsu…

  4. aisyah

    hello,blhka bagi full detail pasal ni lada sabah..

  5. gamanz

    aloo somua…atukoi buli tahan jugak ini ideas pasal tanam lada ni bah tapi kalau mcm saya ni tanak baru balajar mau ikut serta buli tulung bg info kah aki………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s