Pesta Kaamatan Sipitang mengecewakan.

SIPITANG: Roziana Mutang dimahkotakan sebagi Ratu Unduk Ngadau Sipitang, bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah yang diadakan pada petang sabtu lalu.

Manakala, Cynderella Pointin dan Judith Spencer Sam masing-masing berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, Azizah Sapat muncul sebagai Johan Bintang Sugandoi peringkat daerah Sipitang setelah menewaskan peserta lain yang turut bertanding dalam acara ini. Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Aemiliana Justine dan Noel Markus.

Pesta Kaamatan peringkat daerah ini turut diserikan dengan persembahan tarian Suku Kaum  Kadazandususn, Bisaya, Brunei, Murut dan Lundayeh.

Majlis perasmian Pesta Kaamatan Peringkat daerah Sipitang telah disempurnakan oleh ADUN N28 Sindumin Hj Ahmad Hj Bujang. Turut hadir Pegawai daerah Sipitang Abdul Wahap Abd Hamid.

Hj Ahmad Bujang ketika berucap pada majlis ini berharap perayaan Pesta Kaamatan ini akan menjadi medan pertemuan antara pelbagai suku kaum demi mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.

 AK :  Seperti tahun-tahun sudah, kaamatan ‘ala kadar’ di daerah Sipitang cuma bertujuan untuk mencari peserta untuk ke acara Unduk Ngadau dan Sugandoi peringkat negeri yang bakal diadakan di Hongkot Koisaan pada 30hb Mei. 

Intipati Kaamatan di sini amat meragukan. Lebih pada ‘yang penting YB datang untuk rasmi.’  Mereka mempersoalkan keputusan tuan DO, kenapa Pesta Kaamatan tidak boleh diadakan di Dewan Sebaguna SFI. Ini telah terbukti dengan kejayaan yang pernah diadakan di situ. SFI adalah tempat yang stratergik berdekatan dengan kampung-kampung masyarakat Murut/Lundayeh dan juga kawasan perumahan yang mempunyai lebih 1500 orang masyarakat Dusun Kadazan. Bayangkan tambang bas dari Kg. Batu Tujuh Pantai (Majoriti masyarakat Lundayeh) ke pekan Sipitang adalah RM3 seorang, manakala ke SFI cuma RM1.5 seorang. Kenapakah tuan DO tidak memikirkan hal ini? Lagipun Kerajaan Negeri masih memiliki beberapa % ekuiti SFI sdn. Bhd. Kalau malu minta, sendiri rugi.

Keadaan perkarangan Dewan Serbaguna Sipitang yang kecil dan tidak bergerai menambahkan lagi ketidakselesaan pengunjung. Patutlah setiap tahun keadaan dewan tidak meriah lansung dan lengang. Namun yang ramai hadir di dewan adalah mat-mat rempit ‘Tink Tank Putera UMNO’ yang tak segan silu melalak setiap kali peserta Unduk Ngadau keluar ke pentas.

FIkir-fikirkan lah…….

 

AK

About these ads

3 Comments

Filed under Kadazandusun, Sabah News, Tadau Kaamatan

3 responses to “Pesta Kaamatan Sipitang mengecewakan.

  1. Doremon

    Lagi meriah pesta-pesta Kaamatan peringkat kampung yang saya sertai di Penampang dan Papar berbanding acara Kaamatan’Daerah’ Sipitang.

    Umpama semangat yang hilang. Riak muka Ahli majlis Daerah Sipitang pun masam-masam macam tidak ikhlas mau anjurkan Kaamatan diSipitang. Mana silapnya?

  2. Nasi Buayeh

    Nasib baik Huguan Siou tidak turun di Sipitang, memang beruntung lah dia kalau nampak acara – acara yang macam lepas batuk di tangga saja. Mungkin Sipitang kurang Bobohizan.

  3. Anak Adi Sipitang

    Why this happen? its really embarrassing even im not there actually, but my friends update me any event in Sipitang. So if “him” dont want to propose the Kaamatan in Sipitang why should him? just get lost with his position.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s