FRIDAY 13th, TUMPUAN RAKYAT MALAYSIA?

Oleh ALAN TING

KUALA LUMPUR: Adakah ada lagi satu pilihan raya kecil selepas Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak yang dijadual berlangsung serentak pada 7 April?

Ini nampaknya persoalan yang diajukan oleh penganalisis politik dan anggota parti politik semasa menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat ini mengenai rayuan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding untuk kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, sebagai batal dan tidak sah.

Kurup, telah memfailkan rayuan itu pada 17 Sept, 2008.

Mahkamah Persekutan sepatutnya memberikan keputusannya pada 12 Feb tetapi telah menangguhkan penghakiman sehingga Jumaat ini setelah mendengar hujah-hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi dan peguam-peguam untuk Kurup dan Danny Anthony Andipai bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya sendiri akan berada di sana untuk mendengar keputusan. Saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Apa sahaja keputusan, saya bersedia.

“Walaupun jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan raya, saya bersedia untuknya sejak Julai tahun lepas, saya telah buat segala persediaan,” kata Kurup memberitahu Bernama di sini, Rabu.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan raya, satu lagi pilihan raya kecil tidak dapat dielakkan.

Beberapa penganalisis politik berkata bahawa jika ini berlaku, senario ini sama seperti sebuah “mini pilihan raya nasional” kerana buat pertama kali dalam sejarah Malaysia pilihan raya kecil diadakan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dalam tempoh yang singkat.
sekarang.

Ditanya sama ada politik wang sudah menjadi lumrah dalam pemilihan parti serta persepsi rakyat terhadap Umno, beliau berkata memang ramai yang mempunyai anggapan sedemikian terhadap parti itu, walaupun tidak semua calon terlibat.

“Penting bagi kita menunjukkan persepsi yang baik kepada umum bahawa kita sudah bersedia untuk berubah, berhijrah daripada yang tidak baik kepada lebih baik, bersedia untuk menghadapi kelemahan-kelemahan kita dan cuba perbaiki dan mereka (rakyat) bukan setakat nak mendengar tapi (mahu) melihat perubahan, apa perubahan yang sudah dibuat,” katanya.

Beliau berkata Umno mesti bersedia turun ke bawah dan mengamalkan sikap mesra rakyat selain menjalankan program-program amal serta kebajikan yang memberi faedah kepada umum dan bukan hanya untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja.

“Sebab itu bila kita tengok proses pemilihan kali ini, ramai orang berminat kerana mereka ada kepentingan diri.

“Yang penting, siapa yang terpilih, mampu atau tak mampu mereka untuk menangani masalah kegawatan ekonomi, mampu tak mampu meletakkan Umno sebagai satu wadah perjuangan yang diterima umum oleh masyarakat Melayu dan sebagainya,” kata beliau.

Muhyiddin juga berkata beliau melihat pengundi terutama generasi muda kini sudah berubah dan mempunyai inspirasi.

“Mereka tak sama seperti orang dulu, jadi kita kena akui, dalam proses pemilihan ini kita boleh tunjukkan inilah titik permulaan penting, penentu masa depan kita, di manakah langkah yang kita nak buat, saya fikir bermula dari keputusan yang dibuat,” katanya.

Beliau berkata pemilihan Umno kali ini menjadi perhatian rakyat kerana mereka ingin menentukan siapa yang berhak untuk menjadi pemimpin dalam parti yang bakal menerajui kerajaan selain menjadi pendokong kepada Najib.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s