KERAJAAN SABAH HINA KERETA NASIONAL?

jeffreyv61DALAM keadaan kemelesetan ekonomi dunia, Kerajaan Sabah mengambil sikap bermegah-megah dengan menukarkan kenderaan Perdana V6 kepada Volo S 80 seolah-olah menghina kereta Nasional.

“Walaupun mereka cuba kaburi mata rakyat kerana pembelian dibuat oleh sebuah syarikat GLC, Angkatan Hebat, namun secara tidak langsung mereka membelanjakan wang kerajaan negeri kerana Angkatan Hebat adalah subsidiari Warisan Harta Sdn.Bhd,” tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Kata Jeffrey, beliau melihat tidak ada sebab yang khusus kenapa Kabinet Negeri Sabah memutuskan untuk menukarkan V6 kepada Volvo kerana semuanya masih dalam keadaan elok dan mampu merangsang ekonomi Negara, seraya membidas Ketua Menteri Sabah yang gagal membawa kemakmuran kepada ekonomi Sabah yang semakin merudum.

“Tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri pimpinan Musa Aman adalah kerajaan yag bankrap sehingga tidak langsung mempunyai dana untuk membangunkan Sabah,” ujar Jeffrey yang mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi berhubung isu penukaran kenderaan rasmi Menteri di Sabah.

Adalah tidak wajar kata Jeffrey, jika Perdana V6 yang masih elok dilupuskan atau dijual kepada kroni dengan harga yang murah menyebabkan Kerajaan Negeri kerugian berjuta ringgit.

Jeffrey kesal kerana media berat sebelah dan tidak melaporkan kepincangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah kerana apabila Kerajaan Negeri Perak telah dihentam habis-habisan oleh media perdana apabila mereka menukarkan Perdana V6 kepada Toyota Camry yang hanya bernilai RM150,000 sebuah.

Alasan basi kononnya kos penyelenggaraan yang tinggi sebagai sebab menukarkan Perdana V6 dengan Volvo S80 tidak seharusnya timbul kerana ianya tidak melibatkan tukaran wang asing berbanding pembelian dan penyelenggaraan Volvo S 80.

“Lagipun mana ada pengedar atau pusat khidmat Volvo bertauliah di Sabah. Siapa yang akan selenggara dan kendalikan Volvo berkenaan? Angkatan Hebat tidak mempunyai pakar untuk menyelenggara kereta mewah ini,” kata Jeffrey yang memberitahu adalah tidak wajar jika terpaksa dihantar ke Sarawak atau ke Semenanjung Malaysia untuk penyelenggaraan atau pembaikan.

Pembelian 12 buah Volvo S 80 berharga RM285,000 setiap satu atau RM3.42 juta oleh Angkatan Hebat Sdn.Bhd yang menyewa dan menyelenggarakan kenderaan tersebut kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Bukankah ini secara terang-terang merompak wang rakyat apabila sedikit sahaja wang sewa kembali kepada kerajaan negeri dan selebihnya masuk ke kocek kroni?,” ujar Jeffrey yang menggesa agar GLC ‘Lintah Dara’ seperti Angkatan Hebat Sdn.Bhd dimansuhkan.

Dalam keadaan negeri tidak langsung mempunyai hak terhadap kenderaan tersebut sedangkan wang rakyat dibelanjakan untuk membayar sewa, maka perbelanjaan berganda ini akan menyebabkan Kerajaan negeri semakin muflis.

“Kita akan membuat laporan rasmi terhadap SPRM dalam waktu terdekat terutama pelupusan V6 kepada kroni Ketua Menteri dan kontrak penyewaan Volvo S 80 yang terlalu mahal dan tidak ekonomi,?” kataa Jeffrey lagi yang menyifatkan Ketua Audit Negara sebagai ‘Pahat dengan Tukul’.

Mengikut rekod, Kerajaan Berjaya (1976-1984) telah memperkenal Sistem Pool Kenderaan (Carpool System) yang banyak merugikan rakyat kerana berlaku pembaziran wang awam apabila semua kenderaan tidak diselenggara dengan baik dan berlaku penyelewengan melupuskan kenderaan yang masih baik.

Akibatnya, Carpool berkenan ditutup setelah Jabatan Audit Negara dan Badan Pencegah Rasuah menjalankan siasatan.

Namun ketika Sistem Gilirganti Ketua Menteri Sabah diperkenalkan, Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Datuk Salleh Tun Said telah menubuhkan Angkatan Hebat Sdn.Bhd untuk menyewakan kenderaan kepada Kerajaan Negeri yang menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa berbelanja lebih berbanding jika menyelenggara sendiri dan memiliki kenderaan masing-masing.

Sistem penyewaan kenderaan Angkatan Hebat berterusan sehingga kini menyebabkan mereka mampu memiliki bangunan sendiri di 1Borneo kerana keuntungan yang berganda.

Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Amat Jamlee masih dikekalkan sebagai Pengerusi Angkatan Hebat Sdn.Bhd dan Datuk Dr Ajaz Nabijan Ahmad sebagai Timbalan Pengerusi

2 Comments

Filed under Uncategorized

2 responses to “KERAJAAN SABAH HINA KERETA NASIONAL?

  1. Pawana

    Ya rakyat sekelian mari kita undi pembangkang in next election!!!! KM Sabah harus disingkirkan….kita mau KM baru…..

  2. Wawasan

    Saya rasa kita beri peluang Dr.Jeffrey menanag pada pilihanraya ke 12. Dia ni semakin hari semakin ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s