ANSARI KECEWA, JEFFREY AKAN LAPOR SPRM?

PEGUAM kanan kepada pempetisyen Danny Andipai, Haji Ansari Abdullah melahirkan rasa kecewanya dengan penghakiman yang dilakukan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Petisyen Pilihanraya Pensiangan.

“Inilah keputusan kelas empat (fourth class decision) yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dengan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu,” ujar Ansari ringkas ketika dihubungi melalui telefon kerana Ansari menghadiri perbicaraan kes sivil Hassnar Ebrahim di Mahkamah Tinggi Sandakan.

Ansari enggan mengulas lanjut kerana keputusan telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Persekutuan dan beliau telah menjalankan tugasnya sebagai peguam setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Wong Dak Wah membatalkan keputusan pilihanraya Parlimen Pensiangan.

Mahkamah Tingggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa penolakan terhadap kertas pencalonan dari calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Danny Anthony Andipai adalah salah dan melanggar hak perlembagaan dan undang-undang bertulis berkaitan pengendalian pilihan raya untuk seseorang itu mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Dalam penghakiman 36 muka surat itu, Wong berkata, Keputusan Timbalan Pengarah SPR Sabah, menerima kertas pencalonan Andipai adalah muktamad dan tidak boleh ditolak oleh Pegawai Pilihan raya, Bubudun OT Majalu, atas alasan tidak terdapat sebarang bantahan semasa tempoh bantahan.

Kurup telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan yang keputusannya diumumkan pada hari ini.

Namun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil berkenaan jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu amat terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Abdul Rahman.

“Ini tidak patut berlaku? Apa sudah jadi dengan sistem kehakiman di Malaysia? Mana boleh keputusan yang dibuat melalui perbicaraan di mahkamah terbuka dibatalkan oleh Hakim yang tidak mendengar keseluruhan perbicaraan berkenaan?,” ujar Jeffrey yang agak terkilan kerana pengumuman keputusan berkenaan ditangguh beberapa kali.

Kata Jeffrey, beliau mengharapkan penghakiman kes dibuat secara telus berdasarkan bukti yang melampaui keraguan munasabah dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

“Tetapi saya rasa ada sesuatu yang tidak kena walaupun Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman diluluskan Parlimen. Kita akan mengkaji kes ini secara spesifik dan akan mengikut saluran undang-undang untuk mendapatkan keadilan melalui jalan yang betul,” ujar Jeffrey yang menegur secara sinis kronologi kes berkenaan yang tidak dibuat pada waktu yang tepat bagi mengelak ketegangan.

Tegas Jeffrey, beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem penghakiman dan bercadang akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan rapi kerana dikhuatiri berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Kita tidak menuduh sesiapa secara spesifik tetapi kita percaya ada yang tidak kena, terutama perlantikan Korum Hakim bagi mendengar kes rayuan yang difailkan Kurup,” kata Jeffrey yang memberitahu rakyat Sabah sudah hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman sejak kes Skandal Pita Video VK Lingham.

kurup-happy

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s