‘NGAM’ TETAPI PENDEKAR PULA TIDAK ‘NGAM’?

Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional diarah meninggalkan persidangan Dewan Rakyat hari ini kerana beliau menyebut perkataan `ngam’ (betul/setuju).

Datuk Siringan Gubat (BN-Ranau) juga menjadi ahli Parlimen kerajaan pertama yang diarah meninggalkan persidangan sejak Dewan Rakyat mula bersidang April tahun lalu.

Arahan meninggalkan Dewan dibuat apabila Siringan menyebut “ngam” sebagai tanda bersetuju selepas spekar Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran akan serta-merta mengarahkan mana-mana ahli Parlimen yang mengeluarkan hujah yang melanggar peraturan mesyuarat untuk keluar Dewan.

Pandikar Amin ketika itu sedang menasihatkan ahli Dewan supaya tidak mengeluarkan hujah yang boleh mengundang reaksi negatif semasa sesi soal jawab, lapor Bernama.

“Lain kali saya tegaskan di sini saya tidak bagi warning (amaran) lagi, satu, dua atau tiga siapa yang mengeluarkan hujah yang melanggar peraturan mesyuarat terus lantas saya akan arah untuk keluar,” kata Pandikar Amin.

Siringan terus mencelah, “ngam Yang Dipertua, ngam” tanpa berdiri dan memohon untuk bercakap.

Pandikar Amin terus mengarahkan Siringan keluar Dewan selama tiga jam dan diizinkan masuk semula selepas rehat makan tengah hari jam 2.30 petang.

Insiden itu bermula ketika Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) bertanyakan tindakan kerajaan bagi menghukum mana-mana parti politik yang mengucapkan perkataan yang berbaur perkauman dalam soalan tambahannya untuk dijawab Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Teng Boon Soon, telah menimbulkan sedikit kekecohan di dalam Dewan.

Ketika Dr Mujahid sedang menghabiskan soalannya, beliau terdengar seseorang menyebut perkataan “bodoh” yang ditujukan kepadanya.

Beliau kemudiannya menjerit “Kalau jantan, berdiri sekarang”.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen sejurus selepas Pandikar Amin mengarahnya keluar Dewan, Siringan berkata beliau tidak berkecil hati dan marah atas tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu.

“Tidak.. (kecewa) tidak (kecil hati), tidak marah atau terluka di hati…perkara seperti ini selalu berlaku di dewan, saya tidak memikirkannya.

“Ketika Yang Dipertua memperjelaskan sesuatu, saya hanya menyebut ‘ngam’…ngam bermaksud ‘betul’ dalam dialek tempatan di Sabah. Beliau (Pandikar Amin) menerima permohonan maaf saya,” katanya."ngam Yang Dipertua, ngam"

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s