12,000 PELUANG SISWAZAH MENGANGGUR

Saturday, 14 March 2009 09:01
najibsmile

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Pengurusan Peningkatan Nilai Siswazah (GEMS) yang menawarkan latihan kepada 12,000 siswazah menganggur dalam tempoh dua tahun sebelum berpeluang ditempatkan di syarikat- syarikat milik kerajaan (GLC).
Sambil menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat kepada 4.5 peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri percaya GEMS mampu menggiatkan kegiatan ekonomi serta menangani isu pembuangan kerja.

Serentak itu, kata beliau, seramai 5,000 siswazah menganggur akan terlibat dalam program GEMS tahun ini sebelum disusuli 7,000 siswazah tahun depan.

”Mengikut anggaran kerajaan, terdapat 60,000 siswazah sukar memperoleh pekerjaan dan kerana itu kerajaan memasukkan penyelesaian masalah ini dalam pakej rangsangan ekonomi pertama.

”Kita berharap GEMS dapat mengurangkan kadar pengangguran yang dijangka meningkat tahun ini tidak termasuk sejumlah 100,000 pekerja yang tidak mendapat elaun kerja lebih masa dengan pendapatan gaji pokok sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan laman web GEMS iaitu www. mygemsportal.com.my di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha.

Dalam hubungan ini, Najib yakin melalui pengalaman GLC dalam Program Peningkatan Nilai Siswazah (GREEN) yang dilaksanakan sebelum ini, siswazah-siswazah terbabit dalam GEMS dapat dilatih dengan baik sekali gus memperoleh kelulusan yang melayakkan mereka ditempatkan di pelbagai syarikat naungan GLC.

”Saya harap ini diberi perhatian serius oleh GLC. Selain keuntungan yang diperoleh dan pembayaran dividen kepada kerajaan, GLC dapat memenuhi sasaran sosial negara sekali gus menentukan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Katanya, kadar pengangguran yang besar realitinya bukan sahaja boleh mengundang masalah kepada ekonomi malah membawa kepada masalah sosial.

”Setiap tahun, pertambahan graduan dalam pengajian tinggi negara telah membawa kejayaan yang besar serta akses kepada pendidikan tinggi dengan angkanya mencapai 27 peratus.

”Ini bererti setiap tahun, jumlah siswazah yang keluar semakin besar dengan mereka yang berjaya melalui institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mencapai 180,000 orang.

”Dengan bilangan besar ini, kita perlu menentukan kemampuan negara untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka,” katanya.

Sebelum GEMS, Khazanah Nasional Berhad yang merupakan sekretariat Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC telah menggerakkan GREEN bermula 2006 dengan sokongan syarikat-syarikat GLC.

Melalui GEMS, pesertanya akan mengikuti latihan peningkatan nilai selama dua setengah bulan sebelum ditempatkan selama enam bulan di pelbagai GLC.

Peserta GEMS juga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 manakala kediaman akan disediakan semasa mereka mengikuti program latihan peningkatan nilai.

GEMS dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur kurang daripada 27 tahun yang memiliki kelulusan ijazah sarjana muda yang diiktiraf dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.5 ke atas.

 

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s