Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?

Berita kurang baik untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – kadar dividen bagi tahun 2008 dijangka serendah 4.5 peratus.

Berita itulah yang dimaklumkan oleh kesatuan sekerja kepada ahli-ahli mereka, dakwa sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Menurut mereka, kadar itu terlalu rendah walaupun prestasi KWSP adalah baik dalam tempoh sembilan bulan pertama 2008 sepertimana dalam pengumuman keputusan prestasinya bagi suku ketiga tahun lalu.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, pencarum mengharapkan kadar dividen yang lebih baik kerana KWSP mendakwa pihaknya telah melabur dengan bijaksana dalam sekuriti jangka panjang.

“KWSP patut berkongsi keuntungannya dengan membayar kadar dividen yang lebih tinggi kerana kemelesetan ekonomi telah mengakibatkan ribuan orang hilang pekerjaan,” tambahnya.

Anggota Majlis Eksekutif Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A Sivananthan juga berkata, beliau mendapat tahu bahawa dividen KWSP bagi 2008 adalah 4.5 peratus.

Ekoran itu, beliau berkata KWSP sepatutnya menukar para penasihat pelaburannya kerana kadar dividen tersebut, hanyalah separuh daripada dividen yang dibayar oleh Permodanan Nasional Berhad (PNB)>

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s