Beaufort Flood (Updates)4.00pm

Banjir: Penduduk Beaufort diarah bersediabeaufort-banjiro

BEAUFORT – Lebih 17,000 penduduk dari 71 buah kampung di daerah ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan air Sungai Padas sudah mencecah 9.75 meter, melepasi paras bahaya 8 meter.

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd. Sidek Abd. Jubar berkata, pada masa ini beberapa kampung telah dinaiki air dan pihaknya menjangkakan lebih banyak kawasan akan terjejas jika hujan berterusan.

Katanya, sejak banjir melanda malam semalam, sebanyak 169 mangsa dari enam kampung di sepanjang Sungai Padas telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

”Antara kampung tersebut ialah Kampung Bekalulu, Limbawang, Melati, Suasa, Rumah Kerajaan dan Lingkulu. Turut terjejas adalah beberapa kawasan sekitar pekan ini dan jalan-jalan utama menghubungkan pekan ini dengan pekan utama lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Sidek berkata, sebanyak tiga pusat pemindahan sudah dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 1, Dewan Orang Ramai Beaufort dan Dewan Serbaguna di Kampung Limbangan.

Menurutnya, sebanyak 10 pusat pemindahan pula diarahkan bersedia bagi menerima mangsa-mangsa banjir terbaru.

Beliau menambah, pada masa ini pihaknya telah meminta bantuan tentera dari Kem Lok Kawi untuk bersedia membantu kerja-kerja menyelamat mangsa banjir.

”Keadaan cuaca masih tidak menentu dan berharap penduduk berhati-hati menjalankan sebarang aktiviti serta sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu di Tenom, sebanyak 395 mangsa telah dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara sekitar daerah ini selepas air Sungai Pegalan dan Sungai Padas meningkat mendadak sejak semalam.

Pegawai Daerah Tenom, Faimin Kamin berkata, antara kampung yang teruk terjejas adalah Kampung Binai dan Kampung Tenom Lama.

”Semua mangsa seramai 81 orang kini ditempatkan di Dewan Seri Antenom. Mangsa banjir dari Kampung Labut 1 dan 2 seramai 123 orang ditempatkan di Rumah Kebudayaan Enubai, manakala mangsa dari Kampung Mandalom Lama seramai 118 orang ditempatkan di Dewan Jinuin Jimin,” katanya.

Beliau menambah, turut terjejas adalah 135 orang dari Kampung Penontomon dan Kampung Enubai yang kini ditempatkan sementara di Rumah Kebudayaan Penontomon.

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Sipitang, Abdul Wahab Abdul Hamid ketika dihubungi menasihati penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya berhati-hati.

”Setakat ini tiada sebarang pemindahan dilakukan dan kami sedang giat memantau keadaan kerana keadaan cuaca mendung sejak awal pagi tadi,” katanya.

Salam,

Daerah Beaufort, tmasuk pekannya memang biasa dilanda banjir. Untuk tahun 2008 sahaja, sebanyak 12 kali daerah ini dilanda banjir. Tahun ini sahaja, sudah 3 kali ia dilanda banjir.
Kebiasaannya, banjir yang melanda tidaklah dalam dan akan surut dalam tempoh sehari dua .


Namun banjir yg melanda kali ini agak luar biasa. Ia agak dalam sehingga jalan perhubungan beberapa buah kampung ke pekan terputus, tidak dapat dilalui kenderaan.

Kampung seperti Kg. Bangkalalak, Suasa, Kebajang, Lago, Lawa, Garama, Beringin, Lupak, Pintas, Bakalau dan Limbawang, terjejas teruk. Pusat pemindahan di Dewan Pa’ Musa Beaufort telah dibuka dan sebahagian mangsa telah ditempatkan di situ.

Ketika ini hujan masih berterusan terutama di sebelah petang dan tanda-tanda banjir akan surut belum kelihatan. Adalah diharapkan pihak yg berkaitan bertindak proaktif membantu di mana perlu, terutama kpd mangsa yg tlibat.

Beaufort 16.03.09

It was report to me today that 2 area of Beaufort district is beyond accesable for the public. Two areas are road Beaufort-Sipitang before the Vocasional school and Beaufort town rounabout. beaufort-floodMotorist from Lawas, Sipitang unable proceed their journey to Kota Kinabalu, vice versa. Massive long que have built up  since 8pm last night, some have to sleep in their vehicle waiting the flood to settled.  Hungry and tired, motorist have no choice but to wait. – MS

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s