LEPA-LEPA BUKAN BUDAYA TEMPATAN

Saudara Pengarang,

Saya merasa terpanggil untuk memberikan pandangan saya berhubung atrikel saudara bertajuk Pesta Lepa-Lepa Untuk Siapa?lepai

Ramai generasi muda tidak mengetahui sejarah lepa-lepa yang sebenar dan tertanya-tanya apakah lepa-lepa budaya pribumi atau budaya Palau yang bertempat di laut? Setahu saya, Bajau bertempat di darat dan ramai yang memegang jawatan di dalam jabatan kerajaan,tidak seperti Palau yang hanya duduk di dalam perahau.

Harapan kami generasi muda, jangan ada-adakan kebudayaan yang bukan  kebudayaan pribumi kerana  Kementerian Kebudayaan sendiri lebih tahu lagi tentang budaya-budaya rakyat asli  Sabah.

Sejuta kemaafan saya pohon kepada semua yang tahu tentang kesilapan sekiranya silap lepa-lepa itu telah di laksanankan, beranilah membuat pembetulan demi sejarah budaya, agar generasi muda faham erti perjuangan pemimpin-pemimpin yang telah banyak berkorban untuk kami generasi sekarang. Kami sentiasa menyokong semua tindakan kerajaan yang berlandaskan sejarah yang terang dan tidak di putar belitkan.

Sejarah Berulang (Repeating History) boleh diertikan sebagai satu keadaan di mana peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu boleh berlaku pula pada masa-masa yang berlainan, iaitu pada masa sezaman mahupun pada masa yang akan datang. Ini kerana sejarah itu dianggap sebagai suatu gejala yang berulang-ulang yakni sesuatu peristiwa itu berlaku berulang kali di dalam satu proses kitaran yang saling berkaitan serta silih berganti.

Proses kitaran yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan yang rapat dengan kemunculan sesebuah negara yang mempunyai suatu titik kelahiran. Kemudian meningkat maju sehingga mencapai kejayaan dan seterusnya apabila tiba suatu tempoh masa ia akan mengalami kemerosotan atau keruntuhan.

Maka dengan itu, dipercayai kitaran ini akan sentiasa berulang-ulang dari satu tempoh masa ke satu tempoh masa yang lain mengikut perkembangan politik sesuatu negara.

Namun demikian, persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, benarkah sejarah itu memang berulang secara keseluruhannya?

Bagi menyelesaikan persoalan ini, perlulah kita meneliti beberapa contoh yang berkaitan dengan Sejarah berulang.

Salah satu contoh yang kukuh adalah kebangkitan dan seterusnya keruntuhan kerajaan Marxist Rusia. Sebelum tahun 1870, Rusia memang berada dalam era keruntuhan.

Keruntuhan itu berpunca dari ketidakseimbangan dalam politik Rusia dan juga ketandusan pemimpin yang cekap. Namun demikian Rusia adalah sebuah negara yang terbesar di dunia (dengan keluasan lebih kurang 22402000 km/persegi = 8649000 batu/persegi).

Walau bagaimanapun Rusia mula muncul sebagai sebuah kerajaan Marxist yang berwibawa selepas revolusi tahun 1917. Dengan usaha pemimpin-pemimpin mereka seperti Lenin (1870-1924) dan Stalin (1879-1953), Rusia telah berupaya menjadi kuasa besar selepas Perang Dunia Kedua (1945).

Taraf seperti ini dapat dikekalnya sehingga bahagian pertama dekad 1980-an. Mulai pertengahan dekad tersebut, Rusia nampaknya tidak dapat bertahan lagi. Ia mula menghadapi krisis ekonomi yang sangat meruncing. Pemimpinnya pada ketika itu, iaitu Mikhail Gorbachov memperkenalkan satu dasar yang dikenali sebagai Glasnost, yang bertujuan memperbaiki keadaan ekonomi melalui beberapa pembaharuan dasar ekonomi.

Namun gerakan itu tidak menghasilkan kejayaan. Sementara itu, gerakan politik dan ekonomi yang bertujuan menghancurkan struktur dan ideologi Marxist di negara itu, yang pada mulanya tidaklah menonjol, telah menapakkan kecergasannya menjelang hujung dekad tersebut.

Akhirnya, pada tahun 1990, bubarlah atau hancurlah secara rasmi Kesatuan Republik Soviet Rusia. Selepas itu yang tinggal ialah Rusia dan gabungan beberapa republik merdeka yang dahulunya merupakan sebahagian daripada kesatuan tersebut.

Kini Rusia sedang berusaha untuk hidup dan mengamalkan sistem demokrasi Barat serta unsru-unsurnya yang berkaitan. Dalam pada itu, kejayaan pihak demokrasi itu belumlah betul-betul kukuh kerana menjelang pertengahan dekat 1990-an ini pihak komunis telah menampakkan pula kebangkitan semula mereka.

Melihat kepada contoh tersebut, jelaslah kepada kita bahawa proses kitaran yang silih berganti memang wujud dalam negara Rusia di mana terdapatnya titik kelahiran, perkembangan dan keruntuhan di dalam pimpinan negara tersebut. Walhalnya adakah sejarah itu berulang? Memang tidak, ini kerana daripada contoh tersebut, kita dapati sejarah hanya berulang dari segi falsafah ataupun, fenomena sahaja, tetapi tidak berulang secara khusus pada zaman, waktu, tempat, pemimpin atau orang yang sama.

Malah pernyataan ini juga disokong oleh sejarahwan, misalnya Leopold Von Ranke sendiri mengakui bahawa setiap peristiwa sejarah itu adalah unik dalam erti kata lain sejarah hanya berlaku sekali sahaja pada suatu waktu yang tertentu dan dengan hal yang demikian tidaklah ada satu peristiwa sejarah pun mempunyai persamaan yang tepat dengan satu peristiwa sejarah yang lain walaupun nampak seakan-akan sama.

Di sini saya bangkitkan sejarah lepa-lepa yang dikeluarkan saudara  Mutalib MD, apakah sejarah lepa-lepa wujud dalam kebudayan Sabah sebelum merdeka 31 ogos 1963 atau sesudah merdeka?

Namun saya yakin penulis-penulis sejarah atau pemimpin-pemimpin negeri mahupun pemimpin-pemimpin pusat lebih tahu tentang sejarah lepa-lepa yang disentuh oleh saudara Mutalib M.D di bumi Sabah, kerana saya ingin tahu persoalan ini disebabkan  pandangan umum masyarakat Sabah tentang sejarah lepa-lepa itu sendiri.

Sejarah juga seperti sains boleh membawa kemajuan kepada kita di masa akan datang. Contohnya, jika hari ini anda gagal dalam perniagaan tentu hari esok anda akan tahu di mana kekurangan anda berdasarkan sebab musabab kepada kesilapan semalam. Walaubagaimanapun bergantung kepada pengaplikasian sejarah itu sendiri.

Salam Hormat,

SHARIF MUSA SHARIF MABUL

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s