Calon timbalan presiden akan digantung?

Mesyuarat Lembaga Disiplin Umno esok menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan politik wang.money

Malah sebuah akhbar berbahasa Cina telah menghantar ‘SMS alert‘ hari ini yang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan  penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.

Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun.

umno muhyiddin yassin ali rustam muhamad mohd taibTiga orang calon bagi jawatan tersebut ialah Naib Presiden Umno – Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam – dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhyiddin merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, manakala Muhd Taib adalah menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Mohd Ali adalah ketua menteri Melaka.

Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.

Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.

Pegawai calon-calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini berkata mereka tidak tahu menahu mengenai khabar angin tersebut.

“Kami meneruskan kempen seperti biasa,” kata pegawai seorang calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini.

Menurutnya, dalam masa 10 hari terakhir ini, pihaknya akan meningkatkan kempen di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

“Malam ini, majlis memperkenal calon-calon di sebuah hotel di Shah Alam,” katanya.

Reaksi Mohd Ali dan Muhd Taib

Sementara itu, Mohd Ali enggan mengulas khabar angin yang mengatakan ada calon timbalan presiden Umno sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno.

Ditanya kebenaran khabar angin tersebut, beliau hanya berkata: “Itu kena tanya Lembaga Disiplin (Umno).”

Ketika ditemui pemberita sebelum majlis memperkenalkan diri calon Majlis Tertinggi (MT) Umno di sebuah hotel di Shah Alam, Mohd Ali juga enggan mengulas sama ada dipanggil mengadap atau menerima sebarang surat dari jawatankuasa itu.

Ketika sama ada beliau bimbang dengan penyebaran khabar angin itu ketua menteri Melaka itu menjawab:“Kenapa saya perlu bimbang?”

Menjawab soalan tentang tujuan pertemuannya dengan ketua bahagian Umno di Melaka esok, Mohd Ali berkata ia “untuk (persediaan) perhimpunan agung Umno”.

Katanya, perjumpaan itu tiada kaitan dengan sebarang pengumuman beliau endak menarik diri daripada pertandingan.

Ditanya mengenai laporan akhbar arus perdana hari ini, ketua menteri Melaka itu berkata beliau tidak membaca akhbar mengenainya.

Oleh itu, tambah Mohd Ali, beliau tidak boleh mengulasnya.

Diminta memberikan reaksi sama ada khabar angin itu memberikan kesan negatif kepadanya, Mohd Ali berkata: “Sabarlah, kita tidak boleh campur hal Lembaga Disiplin”.

Sementara itu, Muhd Taib yang ditemui selepas majlis tersebut, menjawab ringkas: “Tak tahu…belum diumum secara rasmi.”

Muhyiddin pula enggan mengulas mengenai perkara itu.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s