PATRICK SINDU DAPAT MANDAT BARU

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH) yang sebelum ini mengalami krisis kepimpinan akibat tindakan dua ahli Majlis Tertinggi mendedahkan isu dalaman persatuan kini kembali pulih setelah ahli memperbaharui mandat mereka dalam Mesyuarat Agung Tahunan di sini kelmarin.acashi1

Presiden Cash, Datuk Patrick Sindu mendapat kepercayaan sebulat suara ahli untuk terus menerajui Cash yang dipimpinnya sejak 1984 yang memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding.

“Senario ini membuktikan bahawa apa yang didakwa oleh dua orang mantan ahli majlis tertinggi Cash adalah tidak benar. Semua perwakilan memberi mandat baru agar saya terus memimpin persatuan ini,” ujar Patrick yang terharu dengan kepercayaan jitu daripada ahli dan perwakilan Cash.

Patrick turut berbangga dengan sokongan padu para perwakilan kerana tidak berlaku sebarang pertandingan jawatan utama sehingga tarikh akhir percalonan membuktikan kesepakatan tekad ahli Cash memperkasa persatuan mereka yang sebelum ini mengalami krisis berpanjangan sehingga mencemarkan nama baik Cash.

“Kejadian tersebut banyak memberi iktibar kepada Cash dan kini saya lebih matang untuk menilai ketaat setiaan dan keikhlasan mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk persatuan atau mempunyai agenda tersirat,” ujar Patrick lagi.

Dalam pada itu, salah seorang Naib Presiden Cash yang telah dipilih melalui persidangan agung berkenaan, Nagaraju Appalasamy merakamkan penghargaan kepada Patrick yang cekal dan tabah menghadapi segala rintangan dan berjaya menyelesaikan krisis secara profesional.

“Saya turut mengucapkan terima kasih kepada perwakilan kerana telah memberi mandat kepada saya untuk mengukuhkan jentera Cash mendepani segala cabaran di era kemelesetan dan penguncupan ekonomi,” ujar Nagaraju yang telah bertekad untuk memperkukuhkan Cash Lahad Datu terutama memerangi kenaikan harga siling beberapa barangan terkawal.

Kata Nagaraju, kepimpinan Patrick tidak dapat ditandingi oleh para pemimpin NGO kerana beliau sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Cash, namun telah ditohmah dengan pelbagai isu.

Dalam persidangan tersebut, para perwakilan telah membuat resolusi sebulat suara untuk memecat dua ahli Cash yang telah mencemarkan nama baik persatuan tersebut dan meminta peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap dua ahli berkenaan.

Tujuh usul penting turut diluluskan secara kolektif bagi memperkukuh dan memperkasa perjuangan Cash dan memberi mandat yang lebih kepada Presiden untuk menentukan hala tuju persatuan berkenaan yang amat penting di Sabah.

Persidangan tersebut dipantau dan diperhati oleh Peguam Persatuan, Datuk James Ghani yang turut memberi khidmat nasihat ketika usul meminda perlembagaan persatuan agar lebih kemaskini dan selari dengan Akta Pertubuhan.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s