AHLI UMNO & PKR LAPOR JAPLIN KEPADA POLIS & SPRM?

 ahliumno

MERASAKAN usaha membanteras rasuah menjadi tanggung jawabnya sebagai ahli UMNO, Maskrun Amie, 57,  yang menetap di Kampung Menunggui Kota Belud telah memfailkan aduan rasmi di pejabat SPRM Kota Kinabalu terhadap Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akim.

Tegas Maskrun, sebagai pemilih berdaftar di Usukan, beliau telah lama menimbulkan soal politik wang yang diamalkan Japlin, namun tidak ada sebarang tindakan diambil oleh UMNO Sabah.

“Jika beliau sanggup menggunakan wang yang banyak untuk memancing pencalonan jawatan tertentu, saya tidak hairan apabila beliau menggunakan begitu banyak wang dan projek yang diberikan kepada perwakilan UMNO Kota Belud agar memilih beliau sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian,” ujar Maskrun yang kini berpindah cawangan ke UMNO Bahagian Sepanggar.

Sebagai ahli UMNO kata Maskrun, beliau tidak dapat menerima kepimpinan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan secara rakus membeli kuasa dengan wang ringgit.

“Syukurlah. Kami gembira kerana pelaku politik wang akhirnya diberkas. Tetapi kami tidak dapat menerima hakikat beliau masih bertegas untuk meneruskan khidmat beliau sebagai Adun Usukan dan tidak malu memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri,” ujar Maskrun yang tidak gentar dengan tindakan Badan Perhubungan UMNO Sabah terhadapnya.

Kata Maskrun, beliau hanya menggunakan hak beliau untuk menyuarakan pandangan dan aspirasi ahli UMNO yang terkilan dengan perilaku sumbang para pemimpin yang mengabaikan amanah dan melakukan jenayah politik wang.

Setelah semua saluran tidak diendah, Maskrun menyetakan beliau terpaksa menggunakan media elektronik seperti blog dan laman web untuk menyuarakan masalah mereka yang diperdaya pemimpin seperti Japlin untuk memperoleh sokongan palsu daripada akar umbi UMNO.

Sehubungan itu, sebagai pemilih berdaftar, beliau merasa terpedaya dan dikhianati Japlin kerana gagal membersihkan dirinya daripada amalan rasuah dan gagal membangunakn Usukan yang semakin mundur sejak beliau menjadi Wakil Rakyat Usukan.

“Jangan fikir ahli UMNO sekarang seperti ahli 1990-an. Sekarang kami sudah celik IT dan mampu menilai daya kepimpinan para pemimpin UMNO. Saya harap SPRM akan menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan tidak memilih mangsa untuk dikorbankan,” ujar Maskrun yang menasihati agar Japlin menjadi ‘Lelaki Sejati’ sehingga sanggup menjadi Kambing Hitam untuk dikorbankan oleh seorang pemimpin bernafsu besar seperti Khairy Jamaluddin.

Jika benar beliau merasakan dirinya tidak bersalah dan hanya menjadi ‘Kambing Hitam’, Japlin sewajarnya membuka mulut untuk mendapat keadilan di Mahkamah atau di hadapan Lembaga Disiplin UMNO.

“Sebagai ahli UMNO yang setia kepada Parti, saya menjunjung tinggi Perlembagaan UMNO dan mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang didapati bersalah,” kata Maskrun yang menggesa agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman memilih calon yang berwibawa jika pilihanraya kecil diadakan dalam waktu terdekat.

Imej UMNO kata Maskrun perlu dibersihkan segera dengan menghukum lebih ramai pelaku musnah di dalam UMNO sebagaimana lebih 900 aduan yang masih dalam siasatan Lembaga Disiplin UMNO.  

Japlin telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO dan digantung keahliannya selama tiga tahun, namun kedudukannya belum diketahui, kata Maskrun, sekalipun pada dasarnya beliau belum memfailkan rayuan.

“Apakah beliau kini wakil rakyat bebas?,” tanya Maskrun yang mendesak Badan Perhubungan UMNO Sabah membuat pendirian tegas agar semua ahli UMNO mendapat gambaran sebenar.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Sabah, Jalil Jaafar tidak dapat dihubungi kerana bertugas di luar, namun jurucakap SPRM Kota Kinabalu mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Maskrun.

PEMUDA PKR SABAH BUAT LAPORAN POLIS DAN SPRM TERHADAP JAPLIN AKIM

KOTA KINABALU: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing dan laporan rasuah di SPRM Kota Kinabalu terhadap Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akim setelah beliau didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Ketua Penerangan Angkatan Muda, Zainuddin Hassan mengetuai lima orang AJK Angkatan Muda PKR Sabah membuat laporan polis dan rasuah terhadap Japlin untuk kepentingan umum.

“Para pengundi dan rakyat mendesak beliau (Japlin) meletakkan semua jawatan beliau ‘Serta Merta’ dan mengosongkan kerusi berkenaan bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan segera,” ujar Zainuddin yang menyatakan agar Japlin bertanggung jawab di atas kesalahan yang dilakukannya.

Sebagai Pembantu Menteri, Adun Usukan dan Ketua Pemuda UMNO, nama baik Japlin telah terpalit dengan rasuah kerana menjadi ‘baluchi’ kepada calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengamalkan politik wang agar pemuda UMNO Sabah mencalonkan Khairy bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Apa lagi yang mahu ditunggu? Lembaga Disiplin UMNO, tanpa prejudis, sudah mendapati beliau bersalah dan sehubungan itu beliau harus meletakkan jawatan. Pemimpin yang terbukti bersalah tidak boleh memegang jawatan,” ujar Zainuddin yang kesal kerana SPRM mengamalkan sikap double standard apabila menyerang pemimpin Pakatan Rakyat, sebaliknya membiarkan pemimpin UMNO bergelumang dengan rasuah.

Dalam laporan polisnya, Zainuddin mendesak agar PDRM menyiasat, menangkap dan mendakwa Japlin di bawah Undang-Undang Jenayah di atas kesalahan yang dibuktikan secara sah oleh Lembaga Disiplin UMNO. 

pemudapkrsabah

Leave a comment

Filed under UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s