DUN Selangor Mula Bersidang, Tetapi Bukan Di Bawah Pokok

suk3    Inilah pasukan wanita di DUN kita. Kami semua ADUN Pakatan. BN tiada ADUN wanita langsung. Bila kami ambil gambar, ADUN lelaki pun cemburu.  Dari kiri ke kanan: Hannah Yeoh, me, Haniza (timbalan speaker), Jenice Lee, Rodziah (exc0), Gan Pei Nie dan Dr Halimah (exc0)

Sidang Dewan Undangan Negeri  Selangor telahpun dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 10 Mac 2009, semalam. Pada pagi itu,  kesemua wakil rakyat diminta untuk memakai pakaian No:1, bagi mereka yang ada pingat, mereka dikehendaki untuk memakai pingat-pingat pada pakaian seragam mereka.

Seperti tahun-tahun yang lepas, kami duduk menunggu keberangkatan tiba Sultan Selangor dan menonton Baginda menyemak Pasukan Tentera Laut. Selepas itu, baru kita masuk ke Dewan DUN.

suk1                  

Lelaki yang duduk di sebelah saya kiri yang senyum ialah Dato’ Arif, Pegawai Kewangan Negeri.  Beliau adalah Orang Besar di kerajaan negeri, kerana dia pegang duit kerajaan dan dia yang menguruskan perakaunan negeri Selangor. Lelaki di sebelah kanan saya ialah Dato’ Hassan Ali dan Yaakob Sapari.

suk2 Lelaki yang berpakaian kot dan tie ialah suami kepada Datin Paduka Zauyiah, Penasihat Undang-Undang Selangor. Dia selalu ikut isterinya untuk menghadiri program rasmi kerajaan.

suk4

Inilah Barisan Back Benchers (BBC) kita yang handal. Dari kanan ke kiri: Yaakob Sapari (exco), Azmin Ali dan Ng Swee Lin. 

Orang yang duduk di atas ialah pegawai kerajaan dan wakil daripada anak syarikat kita. Mereka menyaksikan ‘pertunjukan’ kami di dewan dan menyediakan jawapan bagi sesetengah isu yang dibangkitkan oleh ahli BBC dan ADUN pembangkang kita.

by Teresa Kok

Author: My hope one day Malaysia will have more credible women leaders in Parliment and maybe a women Prime Minister, who knows?

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s