KARPAL DIDAKWA ATAS TUDUHAN MENGHASUT?

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak ekoran krisis politik di negeri tersebut.karpal
Karpal didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 6 Februari, dari jam 12 tengahari hingga 12.30 tengahari, di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Ulu di Kuala Lumpur.

karpal singh charged under seditious act 170309 03Karpal mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat. Beliau dibenarkan ikatjamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan berdepan dengan hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-keduanya sekali, jika didapati bersalah.

Kesalahan seterusnya boleh dikenakan hukuman penjara maksima lima tahun.

Karpal diwakili 13 peguambela, termasuk dirinya dan empat anaknya.

Pendakwaan dikendalikan oleh DPP Kamaruddin Md Said dan Mohd Hanafiah Zakaria.

Pihak pendakwa juga memohon untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi, dan turut dipersetujui Karpal.

Karpal tiba awal di mahkamah pada kira-kira jam 9.15 pagi bersama anggota keluarganya. Mahkamah mula bersidang jam 10.24 pagi.

karpal singh charged under seditious act 170309 04Turut hadir memberi sokongan ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir.

Bercakap kepada pemberita sebelum masuk ke kamar mahkamah, Karpal berkata, beliau tidak bimbang menghadapi tuduhan menghasut.

“Saya telah menceburi politik selama 40 tahun dan saya juga pernah  dihadap ke mahkamah sebelum ini. Ini adalah sebahagian daripada tugas seorang ahli Parlimen untuk bercakap tanpa rasa takut,” katanya.

Menurutnya, apa juga yang telah diperkatakanya berhubung niatnya untuk menyaman Sultan Azlan Shan adalah selars dengan prinsip-prinsip perundangan

 

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s