Daerah Kecil Membakut bakal punyai masjid baru (Bangsa Kadazan Membakut Terpinggir?)

18th March, 2009 MEMBAKUT: Daerah ini bakal mempunyai masjid baru yang akan dibina di pekan baru daerah ini, kata Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut itu berkata, pembinaan masjid baru tersebut akan dilaksanakan kerana masjid yang lama mempunyai ruang solat yang sempit.Masjid baru tersebut bukan sahaja untuk kemudahan kepada penduduk daerah kecil ini tetapi juga kepada orang ramai yang dalam perjalanan akan turut mendapat kemudahan solat yang selesa,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kecil Membakut pagi, kelmarin.Arifin yang juga pengerusi Sedco memberitahu, terdapat beberapa lagi projek pembangunan akan dilaksanakan di daerah kecil tersebut seperti kemudahan R&R (Rest and Recreation) iaitu kemudahan tempat persinggahan kepada orang ramai dalam perjalanan dan beberapa unit kedai Kampung Saga-saga.

“Kos sebenar keseluruhan projek-projek pembangunan tersebut akan saya maklumkan kemudian,” kata Arifin.

Menyentuh perpaduan umat, Arifin berkata, umat Islam perlu menghayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang meletakkan kepentingan kesatuan dan perpaduan di kalangan manusia sebagai asas kecemerlangan dan pemangkin umat yang berkualiti dan baik.

“Perpaduan sesama masyarakat Islam akan tercapai melalui prinsip asas seperti tolong menolong dalam menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia dimantapkan lagi melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti sayang-menyayangi dan bersikap toleransi,” tambahnya.

Cabaran perpaduan ummah memerlukan jihad, ilmu pengetahuan dan toleransi di antara kaum. Ini bagi memastikan keharmonian bagi sesebuah masyarakat di dalam sesebuah negeri dan negara.

Sambutan hari ini bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah dan penduduk sekitar daerah Membakut.

Anugerah masjid terbaik di peringkat kampung dalam daerah Membakut dimenangi oleh Masjid Nurul Iman Pekan Membakut, tempat kedua Masjid Jamek Kg. Brunei dan ketiga Masjid Al-Huda Rancangan Mawao.

Bagi pertandingan sepanduk, tempat pertama dimenangi oleh Gabungan Persatuan Masyarakat Berunei Sabah, kedua pasukan Kafa Membakut dan ketiga kumpulan Perkakas.

MS said: YB Ariffin, please also explain to Membakut people why :

1. UMNO is monopolying  all the project in Membakut District.

2.UMNO monopolying 100% post in Membakut & Beaufort distric council and political appointed.

YB Membakut : UMNO

PKR : UMNO

CDO : UMNO

9 Pemaju Mukim : All UMNO

50 JKKK Chairman: 48 UMNO

50 Ketua Kampung : 48 UMNO

Chairman JKDB : UMNO

Kadazan Dusun Task Force Chairman : UMNO (Suppose PBS or UPKO)(UMNO gila kuasa)

Native Chief : UMNO

Ketua anak negeri : 5 UMNO (Only 1 Kadazan UMNO)

Membakut & Beaufort distrct council: O PBS, O UPKO, O PBRS.

Is this what you call Power Sharing? Other BN component chairman no post since 2004. We will vote you out next election surelly.

God save Membakut from cronisym and nepotism.lead-9a1

   

2 Comments

Filed under UMNO

2 responses to “Daerah Kecil Membakut bakal punyai masjid baru (Bangsa Kadazan Membakut Terpinggir?)

  1. DrAt

    Undilah UPKO, Undilah AMUNO!

  2. upko1

    Ya. Undi di tangan anda, memang tersebut dalam Federal Constitution. Anything happen to Malaysian politics, the most important is that Minority Malaysian such as Kadazandusun, Dayak, India etc can live in this country with full dignity and proud to be this this Bangsa called ‘Malaysia’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s