MUSA AMAN KEKALKAN JAPLIN?

 azizul

 

KETUA Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarul (gambar) membidas Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman kerana mengekalkan Adun Usukan, Datuk Japlin Akim walaupun telah dibuktikan bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Semalam, Musa mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akin yang digantung keahliannya selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin parti akan terus berkhidmat sebagai anggota Kabinet kerajaan negeri Sabah.

Kata Musa, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kedudukan Japlin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam Kabinet negeri.

”Dalam hal ini, kita harus menghormati keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Saya menekankan bahawa apa yang berlaku sama sekali tidak akan menjejaskan semangat dan usaha kita untuk terus memajukan negeri dan membela nasib rakyat,” katanya dalam kenyataan kepada media kelmarin.

Musa mengulas keputusan Lembaga Disiplin UMNO semalam yang menggantung keahlian Japlin kerana didapati bersalah melanggar tataetika parti di bawah Perkara 5.1.1, 5.1.2 dan 5.5.2.

Sehubungan itu, Azizul menggesa agar Musa Aman membuat pendirian tegas selaras dengan dasar parti iaitu tidak memberikan perlindungan kepada perasuah dan mereka yang telah dihukum oleh parti atas kesalahan jenayah politik wang atau tataetika ahli UMNO.

Menurut Azizul, Lembaga Disiplin UMNO telah mendapati JAPLIN BERSALAH, digantung hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

“Siapa Musa Aman untuk memutuskan mengekalkan Japlin sebagai Adun dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan? Apakah Musa mengatasi Perlembagaan Persekutuan dan boleh membela penjenayah?,” tanya Azizul yang agak terkilan kerana Musa masih membela perasuah yang telah didapati bersalah.

Kata Azizul lagi, Japlin yang sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah & Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Belud tidak lagi boleh menggunakan kedudukannya sebagai ahli UMNO dan tidak wujud ahli ‘Bebas’ dalam konteks kepartian Barisan Nasional kerana Japlin adalah pesalah yang telah menerima hukuman.

Sewajarnya, kata Azizul, Musa mengkaji Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat ulasan yang akan memberikan tanggapan negatif Kerajaan Negeri Sabah menyuburkan rasuah dengan mengekalkan jawatan Japlin.

“Apakah UMNO Sabah akan terus menjadi pelindung atau tempat suaka politik setelah memilih banduan sebagai Adun  dan kini mempertahankan penjenayah?” tanya Azizul yang tetap bertegas dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO tanpa prejudis.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s