GESAAN POLIS SIASAT DAN DAKWA MUSA AMAN?

 

000y1LAPOR…Yakub (kiri) menunjukkan laporan yang mereka buat.

Mantan Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Yakub Damsah, membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman kerana mendakwa Musa telah menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mendapatkan faedah secara langsung berbentuk sokongan undi para perwakilan UMNO bahagian Kota Belud dan Pergerakan Pemuda UMNO.

“Musa telah bertindak melindungi penjenayah yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO melakukan politik wang dengan mengekalkan jawatan penjenayah berkenaan,” ujar Yakub yang tidak dapat berkompromi dengan alasan yang dikemukakan oleh Musa Aman untuk mengekalkan semua jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Japlin Akim.

Tegas Yakub, Polis harus bertindak secara saksama menjalankan siasatan di bawah undang-undang jenayah terhadap Musa Aman yang secara sedar telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk meraih sokongan dan undi para perwakilan UMNO Kota Belud dan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah kerana kedudukan Japlin adalah Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Sabah.

Sewajarnya kata Yakub, Musa harus mendesak Japlin meletakkan jawatan kerana Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO melaknat amalan rasuah dan pelakunya dan sekaligus mencemarkan nama baik UMNO.

“Musa dan Japlin harus mengikut contoh pemimpin kanan UMNO, Daruk Seri Isa Samad yang meletakkan semua jawatannya setelah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO,” ujar Yakub yang jengkel dengan sikap bongkak Musa Aman mengekalkan Japlin tanpa mahu mendengar keluhan akar umbi UMNO.

Sebagai ahli UMNO Cawangan Taman Antarabangsa, Kota Kinabalu, Yakub yang ditemani oleh ahli UMNO cawangan Airport Lama Putatan, Padli Shahibon turut menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjalankan siasatan rapi punca Japlin mendapat wang yang banyak untuk tujuan rasuah politik dan membiayai kehidupan beliau selama ini dan mendakwa Japlin di Mahkamah setelah dibuktikan bersalah oleh Lembaga Disiplin Parti.

Laporan penuh Yakub yang dibuat pada jam 3.44 petang, 20 Mac 2009 di Balai Polis Karamunsing adalah seperti berikut (Karamunsing/004518/09);

“Pada 19 Mac 2009, jam lebih kurang 1.30 petang, bertempat di sebuah pusat siber di Asiacity, Kota Kinabalu, ketika sedang melayari laman web http://www.sabahkini.net, saya terbaca artikel bertajuk Musa Aman Kekalkan Japlin dan Ahli UMNO Lapor Japlin Kepada SPRM serta beberapa posting berhubung kes rasuah politik yang melibatkan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Japlin Akim, maka setelah meneliti keseluruhan kes berkenaan, saya datang ke balai menggesa polis menyiasat an mendakwa Datuk Mua Haji Aman di bawah undang-undang jenayah kerana menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk kepentingan peribadi mempertahankan penjenayah yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO. laporan juga dibuat terhadap Datuk Japlin Akim agar Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi punca beliau mendapat wang untuk tujuan rasuah politik dan membiayai kehidupan mewah beliau selama ini dan mendakwa beliau di bawah Undang-Undang Jenayah. Sekianlah laporan saya.”

Yakub dan Padli juga membuat laporan rasmi terhadap SPRM selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing tetapi tidak mendedahkan maklumat laporan mereka.

Leave a comment

Filed under UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s