Khairy kemenangan mengejut, Shahrizat tumbangkan Rafidah

umnowingDatuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

Rafidah menerajui Wanita Umno sejak 1984, melainkan untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman pada 1996.
   
shahrizat wanita umno victory 250309 2Ahli parlimen Kuala Kangsar memenangi semula jawatan itu daripada Siti Zaharah pada pemilihan 2000 sehingga dikalahkan hari ini.

Shahrizat menewaskan Rafidah dengan majoriti 227 undi.

Jumlah undi bagi jawatan ketua Pemuda menimbulkan debaran berpanjangan apabila ia diumumkan paling lewat malam ini.

Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).

Sementara naib ketua dikuasai oleh Datuk Razali Ibrahim dengan menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican, regu Khairy.

Kemenangan Khairy ini, yang diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pertanding Umno, dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz.

Berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan “Khairy rasuah” dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno.

Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk “rantaian manusia” daripada menyuraikan mereka.

Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.

Rosnah dan Shahanim Mohamad Yusoff masing-masing terpilih ketua dan timbalan ketua Puteri Umno.

1 Comment

Filed under UMNO

One response to “Khairy kemenangan mengejut, Shahrizat tumbangkan Rafidah

  1. mondong

    i wonder where the hell is kinzr toyol during the announcement of ketua pemuda umno winner??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s