KEMENANGAN ROSNAH BUKTI PELUANG CERAH UNTUK UMNO SABAH?

rosnahsexy2KEMENANGAN Datuk Rosnah Rashid Shirlin sebagai Ketua Puteri UMNO memberikan peluang yang cukup besar kepada calon daripada Sabah terutama Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal untuk mendapat salah satu kerusi Naib Presiden UMNO.

Arus sokongan para perwakilan bagi ketiga sayap UMNO jelas menunjukkan tidak ada demarkasi atau garis sempadan kerana ramai calon daripada ‘Bumi Di Bawah Bayu’ yang bertanding ketiga-ketiga sayap UMNO memenangi jawatan masing-masing dengan undi yang agar besar.

Dengan sokongan padu 395 Perwakilan UMNO Sabah, Shafie mempunyai deosit yang cukup besar untuk meraih sekurang-kurangnya 700 undi daripada perwakilan  UMNO seluruh negara untuk meletakkannya sebagai Naib Presiden Pertama daripada Sabah.

Walaupun Ketua Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin telah berjanji dan mengarahkan perwakilan pemuda memenangkan bekas Boss mereka, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, namun peluang Shafie tidak tersirna kerana tiga jawatan yang akan diisi.

Kemenangan Rosnah, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Armani Mahiruddin, Jamawi Jaafar dan sebagainya antaranya disebabkan faktar deposit undi yang ada pada Perwakilan UMNO Sabah.

Peluang calon Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Lajim juga semakin cerah jika trend berkenaan tidak berubah kerana kedua mereka merupakan calon yang digemari perwakilan kerana memilik faktor ‘Wow’ yang menjadi salah satu penentu kemenangan calon yang bertanding.

Leave a comment

Filed under UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s