Perbalahan sempadan Tanah Adat Kg Nasakot, Kg. Sumbilingon selesai

ewon1RANAU: Masalah persempadanan Tanah Adat yang menjadi perbalahan antara Kampung Nasakot dan Kampung Sumbilingon, Ulu Sugut sejak beberapa tahun lamanya kini telah diselesaikan melalui satu majlis perundingan bersama di kampung berkenaan kira-kira 71 kilometer dari pekan.

Perundingan itu disaksikan Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr Ewon Ebin sebagai orang tengah yang dipilih penduduk kampung berdasarkan pengetahuan beliau mengenai Tanah Adat tersebut semasa beliau menjadi wakil rakyat kawasan itu beberapa tahun lalu.

Menurut pengerusi majlis, Hj Samad Mesinggi, tanah seluas 7.686 ekar yang dipohon pada tahun 1983 kini telah diluluskan kerajaan melalui pembahagian sebanyak 428 lot kepada penduduk kedua-dua kampung itu.

Bagaimanapun proses penyukatan tanah tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana wujud pertikaian persempadanan oleh kedua belah pihak dan kemusykilan untuk menentukan pemilikan beberapa kawasan yang sudahpun diduduki seseorang.

Di majlis berkenaan Ketua Kampung Sumbilingon, KK Lajim Sarimpok dan KK Majatu Somindot (Kampung Nasakot) masing-masing bersetuju menurunkan tanda tangan perjanjian untuk menentukan gazet sempadan tanah adat yang telah ditetapkan.

Mereka yang bersetuju untuk tidak melarang mana-mana penduduk kedua-dua belah pihak memohon dan memiliki kawasan tanah di kedua-dua kawasan kampung itu serta bersedia untuk menyelesaikan sebarang kemusykilan selepas itu melalui meja perundangan.

Berucap pada majlis itu Ewon turut menasihati penduduk kampung yang bakal menerima geran tanah itu nanti supaya jangan sekali-kali menjual tanah berkenaan. Mereka yang didapati menjualnya akan disenarai hitam dan permohonan tanah mereka selepas itu tidak akan dilayan lagi.

“Apabila kerajaan meluluskan geran tanah berkenaan, kita seharusnya bersyukur dan mengambil peluang itu dengan mengusahakan tanah berkenaan untuk ditanami dengan tanaman komersil seperti getah dan kelapa sawit

“Sekiranya sukar untuk mengusahakan tanah itu bersendirian, kita boleh mencari pengusaha atau mana-mana syarikat yang bersetuju dan boleh dipercayai untuk membukanya dengan kadar atau syarat yang sesuai,” katanya lagi.

Turut hadir pada majlis itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kundasang Yubidi Gompoyo, PKR Paginatan, Jefrin Majangki, Setiausaha Sulit Kementerian, Dallius Ubin, pengawai-pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat setempat.

1 Comment

Filed under Sabah News, UPKO

One response to “Perbalahan sempadan Tanah Adat Kg Nasakot, Kg. Sumbilingon selesai

  1. Amu noh

    UPKO jangan jual temberang di newspaper sahaja, apa kamu sudah buat untuk rakyat? pikir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s