Pakatan Rakyat pertubuhan haram usah layan, kata Pemuda Umno

Pakatan Rakyat sebuah pertubuhan haram, demikian kata seorang perwakilan Umno hari ini sambil menegaskan, tiada mana-mana pihak termasuk media wajar menggunakan nama tersebut.

“Tiada pendaftaran secara rasmi dan kalau tidak didaftar secara rasmi tetapi semua pihak, media promosikan pertubuhan haram ini.

“Pertubuhan Pakatan Rakyat ini adalah haram, mengapa dilayan” kata Ketua Pemuda Umno Langkawi, Nor Saidi Nayan ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden hari ini.

Nor Saidi juga mengesyorkan supaya mana-mana pihak yang menggunakan nama itu “diharamkan.”

“Penggunaan nama ini tidak harus dibenarkan,” katanya.

Parti-parti pembangkang membentuk gagasan longgar Pakatan Rakyat selepas mencapai kemenangan luar jangkaan dalam pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Sehingga kini ia belum didaftar kerana pendaftaran pakatan sedemikian memerlukan keanggotaan tujuh parti politik.

Ketua Umumnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain isu itu, soal Anwar menjadi model teladan walaupun terkenal kerana kejelikan juga menjadi bahan perbahasan petang tadi.

“Anwar terus dijadikan model contoh oleh golongan muda-mudi negara ini walaupun terkenal dengan kejelikan,” kata wakil pembahas dari Selangor, Ismail Kijo semasa membahaskan usul yang sama.

Malah nama Anwar turut disentuh oleh Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Sambil mengesyorkan supaya diwujudkan program Formula Satu Malaysia yang berteraskan enam perkara.

Enam perkara itu ialah mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, mendukung Perlembagaan negara, mempertahankan agama Islam selain melindungi prinsip kebebasan beragama, mempertahan kedaulatan rakyat, menjamin kedudukan bahasa kebangsaan dan mewujudkan identiti.

2 Comments

Filed under Uncategorized

2 responses to “Pakatan Rakyat pertubuhan haram usah layan, kata Pemuda Umno

  1. Wan necromation

    Lebih baik jadi ahli pertubuhan haram macam PKR daripada “makan duit haram” yang dirompak dari rakyaat macam UMNO!!!

    Saudara Ismail Kijo,
    Jangan cakap orang lain perangai “jelik”. Cermin dulu muka sendiri dulu. Nak kami bongkarkan rahsia anda dengan rasuah di Ampang Jaya?

  2. Undone the Sweater song

    wow. berani cakap orang pertubuhan haram. u party sendiri pun tubuh kerajaan nergeri secara haram.

    tengok macam bodoh, cakap pun sama bodoh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s