Sabah & Sarawak perlu hak Exekutif

Kemenangan beberapa pemimpin UMNO dari Negeri di Bawah Bayu dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO baru-baru ini merupakan isyarat yang jelas bahawa kekuatan UMNO dan BN pada masa kini bergantung kepada sokongan dari rakyat di Sabah dan Sarawak. Para pemimpin Sabah yang memenangi jawatan-jawatan utama dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO sewajarnya menggunakan kelebihan dengan jawatan dan kuasa yang ada untuk memperjuangkan dan membela kepentingan rakya di negeri Sabah. Sabah dan Sarawak sepatutnya menerima layanan istimewa dan eksklusif kerana kedua-dua negeri ini menjadi penyumbang utama kepada kemenangan dan pengekalan pemerintahan BN pada hari ini. Sabah dan Sarawak sepatutnya diberikan peruntukan yang lebih banyak dan kuasa eksekutif yang lebih dalam pentadbiran serta pengurusan kedua-dua negeri. Pembangunan dan kemajuan tidak seharusnya tertumpu ke atas orang-orang Melayu di Semenanjung tetapi juga perlu adil dan menyeluruh ke atas semua kaum terutama yang berada di Sabah dan Sarawak. Dasar kerajaan hari ini yang lebih mengutamakan orang-orang Melayu di Semenanjung dalam setiap aspek pembangunan ekonomi dan sosial amat mengecewakan rakyat Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak juga merupakan penyumbang utama kepada sumber ekonomi dalam pelbagai bentuk sumber asli seperti gas, petroleum, pembalakan, perlombongan dan pertanian tetapi mengapakah pembangunan hanya rancak di Semenanjung? Mengapakah hanya rakyat di Semenanjung yang menerima kemudahan infrastruktur yang moden dan canggih serta pembangunan taraf hidup yang lebih baik? Rakyat Sabah dan Sarawak juga warganegara Malaysia. Masih ramai penduduk Sabah dan Sarawak terutamanya yang tinggal di luar bandar hidup dalam kesusahan dan ketinggalan dalam serba-serbi. Sistem jalan raya, bekalan air dan elektrik, kemudahan awam, peluang-peluang pendidikan dan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup masih jauh daripada memuaskan. Demikian juga dalam pengisian pelbagai jawatan utama pekerjaan sama dalam sekor awam dan swasta yang seharusnya dibuka dengan seluas-luasnya kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang berkelayakan. Sejak dua dekad lalu, semakin ramai rakyat Sabah dan Sarawak yang mendapat pendidikan tinggi sama ada dari dalam mahupun luar negara. Oleh itu adalah wajar bagi rakyat di kedua-dua negeri ini mengisi pelbagai kekosongan jawatan penting bukannya menghantar lebih ramai pegawai atau eksekutif dari Semenanjung untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut. Sekiranya ketidakadilan ini berterusan, tidak mustahil rakyat di kedua-dua negeri ini pada satu hari hilang kesabaran dan bertindak lebih tegas dalam menuntut keadilan dan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak yang telah dipersetujui ketika pembentukan gagasan Malaysia pada tahun 1963 lalu. Sabah dan Sarawak Perlu Hak Eksklusif Kemenangan beberapa pemimpin UMNO dari Negeri di Bawah Bayu dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO baru-baru ini merupakan isyarat yang jelas bahawa kekuatan UMNO dan BN pada masa kini bergantung kepada sokongan dari rakyat di Sabah dan Sarawak. Para pemimpin Sabah yang memenangi jawatan-jawatan utama dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO sewajarnya menggunakan kelebihan dengan jawatan dan kuasa yang ada untuk memperjuangkan dan membela kepentingan rakya di negeri Sabah. Sabah dan Sarawak sepatutnya menerima layanan istimewa dan eksklusif kerana kedua-dua negeri ini menjadi penyumbang utama kepada kemenangan dan pengekalan pemerintahan BN pada hari ini. Sabah dan Sarawak sepatutnya diberikan peruntukan yang lebih banyak dan kuasa eksekutif yang lebih dalam pentadbiran serta pengurusan kedua-dua negeri. Pembangunan dan kemajuan tidak seharusnya tertumpu ke atas orang-orang Melayu di Semenanjung tetapi juga perlu adil dan menyeluruh ke atas semua kaum terutama yang berada di Sabah dan Sarawak. Dasar kerajaan hari ini yang lebih mengutamakan orang-orang Melayu di Semenanjung dalam setiap aspek pembangunan ekonomi dan sosial amat mengecewakan rakyat Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak juga merupakan penyumbang utama kepada sumber ekonomi dalam pelbagai bentuk sumber asli seperti gas, petroleum, pembalakan, perlombongan dan pertanian tetapi mengapakah pembangunan hanya rancak di Semenanjung? Mengapakah hanya rakyat di Semenanjung yang menerima kemudahan infrastruktur yang moden dan canggih serta pembangunan taraf hidup yang lebih baik? Rakyat Sabah dan Sarawak juga warganegara Malaysia. Masih ramai penduduk Sabah dan Sarawak terutamanya yang tinggal di luar bandar hidup dalam kesusahan dan ketinggalan dalam serba-serbi. Sistem jalan raya, bekalan air dan elektrik, kemudahan awam, peluang-peluang pendidikan dan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup masih jauh daripada memuaskan. Demikian juga dalam pengisian pelbagai jawatan utama pekerjaan sama dalam sekor awam dan swasta yang seharusnya dibuka dengan seluas-luasnya kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang berkelayakan. Sejak dua dekad lalu, semakin ramai rakyat Sabah dan Sarawak yang mendapat pendidikan tinggi sama ada dari dalam mahupun luar negara. Oleh itu adalah wajar bagi rakyat di kedua-dua negeri ini mengisi pelbagai kekosongan jawatan penting bukannya menghantar lebih ramai pegawai atau eksekutif dari Semenanjung untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut. Sekiranya ketidakadilan ini berterusan, tidak mustahil rakyat di kedua-dua negeri ini pada satu hari hilang kesabaran dan bertindak lebih tegas dalam menuntut keadilan dan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak yang telah dipersetujui ketika pembentukan gagasan Malaysia pada tahun 1963 lalu. membakut@mail.com Webmaster http://www.membakut.info

1 Comment

Filed under Sabah News

One response to “Sabah & Sarawak perlu hak Exekutif

  1. Lother2

    Wajar sekali Sabah Sararak diberi lebih hak untuk mentadbir sumber-sumbernya sendiri. Kalau kemerdekaan di Semenajung, mereka berkata ‘kontrak sosial asas pemberntukan, kalau di Sabah Sarawak, menjadi asas ialah 20 perkara, mentadbir sumber sendiri dan kakitangan kerajaan dari Sabah Sarawak(Borneosasi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s