Shafie Apdal Menteri Kanan, Bung Menteri Penuh?

KEKALAHAN mengejut dua menteri kabinet iaitu Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO yang berakhir semalam merupakan tsunami politik yang membadai UMNO. Namun tsunami berkenaan dijangka membawa kebaikan kepada Sabah kerana hampir kesemua calonnya menang besar bagi setiap jawatan yang ditandingi terutama Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang menduduki hiraki Naib Presiden UMNO dan Datuk Seri Lajim Haji Ukin dan Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengiringi kejayaan Datuk Seri Musa Aman yang mendapat undi tertinggi Ahli Majlis Tertinggi. Kemenangan Shafie memang sudah dijangkakan sejak awal-awal lagi namun grafnya memuncak sebaik sahaja Rosnah memenangi Ketua Puteri UMNO kerana para perwakilan Sabah telah membulatkan tekad memberikan undi mereka yang paling berharga untuk memilih pemimpin yang berkaliber dan popular. Keputusan ini menunjukkan Perwakilan Sabah sepakat memberi undi mutlak dan berkempen untuk semua calon Sabah bagi induk, dan ketiga-tiga sayap dengan penuh komited. Sewajarnya kemenangan ini dapat diterjemahkan dengan baik oleh pemimpin tertinggi UMNO untuk memberi ruang dan peluang kepada Sabah, terutamanya Datuk Seri Shafie Afdal yang sewajarnya dinaikkan taraf sebagai menteri paling kanan. Peluang saksama juga harus diberikan kepada Datuk Rosnah Rahid Shirlin untuk menjadi Menteri Wanita menggantikan Azalina sekiranyanya beliau digugurkan daripada kabinet yang bakal dibentuk oleh Datuk Seri Seri Mohd Najib Tun Razak. Kedudukan Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Bung Mokhtar juga sewajar mengisi slot kekosongan atau mengisi banyak ruang yang ditinggalkan ramai menteri yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan masing-masing bagi memberi peluang kepada mereka yang menang dan gandingan generasi muda. Namun Kemenangan Datuk Musa Haji Aman tidak memberikan sebarang manfaat kerana beliau bukan ahli parlimen namun dapat mengukuhkan kedudukannya sebaai Ketua Menteri Sabah atau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk dilantik sebagai salah seorang menteri melalui perlantikannya sebagai senator. Kemenangan Datuk Armani Mahiruddin dan Datuk Azizah Mohd Dun sebagai Exco Wanita UMNO juga lebih bersifat sebagai memperbaharui rekod peribadi mereka untuk menjadi ‘deposit tetap’ bagi melangkau lebih jauh dan mengukuhkan pergerakan wanita. Selain dua menteri yang tewas Majlis Tertinggi, empat menteri juga tewas dalam jawatan yang ditandingi masing-masing iaitu Datuk Seri Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Datuk Seri Khalid Nordin, Datuk Seri Rais Yatim. Bagaimanapun, kemungkinan mereka akan dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi mengikut budibicara Presiden UMNO atau melepaskan jawatan masing-masing kerana telah menjadi tradisi sejak sekian lama. Selain daripada menteri persekutuan yang tewas, empat menteri besar juga tewas iaitu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Turut gagal pada pemilihan MT yang keputusannya diumumkan malam tadi ialah bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad. Dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom dan Datuk Hassan Malek turut tewas.

3 Comments

Filed under Sabah News, UMNO

3 responses to “Shafie Apdal Menteri Kanan, Bung Menteri Penuh?

  1. Sabah dan Sarawak Perlu Hak Eksklusif

    Kemenangan beberapa pemimpin UMNO dari Negeri di Bawah Bayu dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO baru-baru ini merupakan isyarat yang jelas bahawa kekuatan UMNO dan BN pada masa kini bergantung kepada sokongan dari rakyat di Sabah dan Sarawak. Para pemimpin Sabah yang memenangi jawatan-jawatan utama dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO sewajarnya menggunakan kelebihan dengan jawatan dan kuasa yang ada untuk memperjuangkan dan membela kepentingan rakya di negeri Sabah.
    Sabah dan Sarawak sepatutnya menerima layanan istimewa dan eksklusif kerana kedua-dua negeri ini menjadi penyumbang utama kepada kemenangan dan pengekalan pemerintahan BN pada hari ini. Sabah dan Sarawak sepatutnya diberikan peruntukan yang lebih banyak dan kuasa eksekutif yang lebih dalam pentadbiran serta pengurusan kedua-dua negeri. Pembangunan dan kemajuan tidak seharusnya tertumpu ke atas orang-orang Melayu di Semenanjung tetapi juga perlu adil dan menyeluruh ke atas semua kaum terutama yang berada di Sabah dan Sarawak. Dasar kerajaan hari ini yang lebih mengutamakan orang-orang Melayu di Semenanjung dalam setiap aspek pembangunan ekonomi dan sosial amat mengecewakan rakyat Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak juga merupakan penyumbang utama kepada sumber ekonomi dalam pelbagai bentuk sumber asli seperti gas, petroleum, pembalakan, perlombongan dan pertanian tetapi mengapakah pembangunan hanya rancak di Semenanjung? Mengapakah hanya rakyat di Semenanjung yang menerima kemudahan infrastruktur yang moden dan canggih serta pembangunan taraf hidup yang lebih baik? Rakyat Sabah dan Sarawak juga warganegara Malaysia. Masih ramai penduduk Sabah dan Sarawak terutamanya yang tinggal di luar bandar hidup dalam kesusahan dan ketinggalan dalam serba-serbi. Sistem jalan raya, bekalan air dan elektrik, kemudahan awam, peluang-peluang pendidikan dan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup masih jauh daripada memuaskan. Demikian juga dalam pengisian pelbagai jawatan utama pekerjaan sama dalam sekor awam dan swasta yang seharusnya dibuka dengan seluas-luasnya kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang berkelayakan.
    Sejak dua dekad lalu, semakin ramai rakyat Sabah dan Sarawak yang mendapat pendidikan tinggi sama ada dari dalam mahupun luar negara. Oleh itu adalah wajar bagi rakyat di kedua-dua negeri ini mengisi pelbagai kekosongan jawatan penting bukannya menghantar lebih ramai pegawai atau eksekutif dari Semenanjung untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.
    Sekiranya ketidakadilan ini berterusan, tidak mustahil rakyat di kedua-dua negeri ini pada satu hari hilang kesabaran dan bertindak lebih tegas dalam menuntut keadilan dan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak yang telah dipersetujui ketika pembentukan gagasan Malaysia pada tahun 1963 lalu.

  2. Wawasan

    Patut ada sudah 2 timbalan Perdana Menteri 1 Semenanjung, 1 Sabah Sarawak melalui rotation.

  3. silamgemilang

    Syabas dan Tahniah kepada kepimpinan Sabah yang dilantik dalam kabinet baru.

    daripada :

    http://silamgemilang.wordpress.com
    http://rakyatp188silam.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s