45 TAHUN MERDEKA, SABAH MASIH GUNA FERI?

BELURAN

feriSeperti kebiasaan, Kasil Ajay, 61, akan memulakan tugas seawal 6 pagi sebagai jurumudi perkhidmatan feri di Sungai Labuk Beluran, pekerjaan yang dilakukannya sejak tujuh tahun lepas. Tugas beliau amat penting kepada penduduk di beberapa kampung sekitar Sungai Labuk, yang turut menempatkan Skim Penanaman Padi di Terusan Sapi Beluran. Perkhidmatan feri yang dikendalikan oleh Kasil sememangnya banyak membantu penduduk kampung dan kenderaan mereka menyeberangi sungai berkenaan untuk membeli barang keperluan dan menjalankan urusan harian ke pekan berhampiran Beluran, yang terletak kira-kira 100 kilometer dari situ. Lebih 500 penduduk kampung dan kakitangan kerajaan seperti guru, anggota polis dan pembantu kesihatan di Kampung Tagas-Tagas, Bambangan dan Salak menjadi pengguna tetap perkhidmatan feri yang dikendalikan oleh Kasil. Sekiranya kenderaan yang mereka guna tidak dapat menyeberangi sungai itu, ia akan menjejaskan kehidupan harian kerana lokasi tempat feri itu beroperasi terletak jauh dari kampung mereka. FERI PENGANGKUTAN PENTING MENYEBERANGI SUNGAI Kasil, yang berasal dari Kampung Bambangan berkata, perkhidmatan feri berkenaan sudah beroperasi sejak 24 tahun dan menjadi perhubungan utama penduduk kampung untuk menyeberangi Sungai Labuk. Feri berkenaan dimiliki oleh seorang pengusaha syarikat yang mengendalikan Skim Penanaman Padi di Terusan Sapi Beluran. Menurut Kasil setiap kenderaan yang menaiki feri itu dikenakan bayaran RM40 hingga RM60 mengikut jenis kenderaan. Ia beroperasi setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 5 petang dan berehat sekiranya kedua-dua enjin bot mengalami kerosakan atau arus Sungai Labuk deras terutama ketika banjir. “Ada kalanya enjin bot feri mengalami kerosakan serius menyebabkan perkhidmatan feri terhenti lebih sehari dan mengganggu kegiatan harian penduduk kampung,” katanya yang menjadikan pekerjaan sebagai jurumudi itu punca pendapatan bagi menyara hidup keluarganya. TIDAK BOSAN KERJA SEBAGAI JURUMUDI Biarpun sudah tujuh tahun bekerja sebagai jurumudi, Kasil tidak pernah bosan dengan pekerjaannya kerana dia ingin berkhidmat kepada masyarakat melalui pekerjaannya itu. Rutin harian Kasil memerlukan beliau bangun awal setiap hari. Namun dia tidak pernah mengeluh dengan pekerjaan itu kerana apa yang penting adalah membantu penduduk kampung dan kakitangan kerajaan yang bertugas di kawasan itu. Menurut Kasil beliau hanya akan berehat hanya sekiranya tiada pelanggan. Semasa mengendalikan feri itu, Kasil terpaksa berhati-hati terutama ketika arus deras bagi mengelakkan feri hanyut dan sebab itulah jika arus sungai deras terutama ketika paras air Sungai Labuk meningkat disebabkan banjir, perkhidmatan feri dihentikan seketika. PENGALAMAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN FERI Dalam pada itu, penulis sendiri dapat merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan feri yang dikendalikan oleh Kasil ketika menghantar rakan bertugas mengajar di Sekolah Rendah Tagas-Tagas. Kampung Tagas-Tagas terletak kira-kira 20 kilometer dari perkhidmatan feri dan menempatkan Balai Polis Tagas-Tagas dan Klinik Kesihatan. Penulis yang terpaksa menggunakan kereta pacuan empat roda untuk sampai ke kampung itu disebabkan jalan raya yang tidak berturap dikenakan bayaran RM54, iaitu tambang dua hala untuk perkhidmatan feri itu. PERKHIDMATAN FERI MENYEBERANGI SUNGAI MASIH DIGUNAKAN Dari situ, penulis dapat merasai kepentingan perkhidmatan feri yang dikendalikan oleh Kasil dan tanpanya sudah tentu menyukarkan penduduk kampung atau kakitangan kerajaan melakukan urusan harian. Perkhidmatan feri di sungai-sungai utama di Sabah kini jarang ditemui ekoran pembinaan jambatan melalui jalan raya utama oleh kerajaan termasuk di kawasan pedalaman. Terdapat dua lagi tempat yang masih menggunakan perkhidmatan feri bagi membantu penduduk dan kenderaan menyeberangi sungai iaitu Kampung Sukau di Kinabatanga dan Sungai Kuala Penyu berhampiran pekan Kuala Penyu.

Leave a comment

Filed under Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s