Beratus tidak selesa hidup dekat Pusat Pelupusan Sampah

KENINGAU: Beratus penduduk yang tinggal berhampiran dengan Pusat Pe-lupusan Sampah Keningau, mendakwa tidak hidup selesa berikutan kegagalan Majlis Daerah Keningau mengurus selia pusat itu dengan baik.

Pusat pelupusan sampah itu terletak di Bt. 11 Jln Sook, di suatu kawasan perbukitan yang dikelilingi kebun getah dan kelapa sawit penduduk.

Penduduk berkata, sampah yang tidak dilupuskan dengan serta-merta menerbitkan bau hanyir, yang mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

Mereka mendakwa, bau hanyir itu menjadi perhatian jutaan lalat yang disyaki pembawa pelbagai jenis penyakit.

“Sampah dilonggokkan di sana-sini se-hingga berminggu-minggu,” jelas seorang penduduk.

Udara dalam lingkungan 5 km persegi turut dicemari bau hanyir, di samping kualiti air sebatang sungai berhampiran yang menjadi sumber kepada beratus penduduk di bahagian hilir turut terjejas.

Kira-kira dua tahun yang lalu, Majlis Da-erah Keningau mencadangkan pusat itu dijadikan terminal pengurusan sampah, dan sebuah kilang kitar semula akan didirikan di kawasan itu, namun sehingga sekarang ca-dangan itu masih menjadi tanda soal.

Jalan raya awam yang berharga ratusan ribu yang sepatutnnya untuk kemudahan penduduk setempat, turut mengalami kerosakan selepas ia menjadi laluan utama lori MDK atau kontraktor untuk membuang sampah ke kawasan itu.

Walaupun setakat ini tidak terdapat seba-rang kes jangkitan penyakit berjangkit, na-mun penduduk mendakwa keselesaan hidup mereka terjejas teruk sejak pusat pelupusan sampah itu wujud di situ.

Sehubungan dengan itu, penduduk merayu kepada pihak berkuasa tempatan agar mengurusselia pusat pelupusan sampah itu dengan baik, atau ia harus dipindahkan di kawasan yang tidak mengganggu keselesaan penduduk.

Pusat pelupusan sampah itu turut menjadi tumpuan pemburu besi buruk, menyaksikan sampah di pusat itu semakin berterabur.

Pengurusan MDK tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksi, disebabkan cuti pada hujung minggu.

Leave a comment

Filed under Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s