Tekong Filipina ditahan bawa pendatang tanpa izin

pti2SANDAKAN: Cubaan seorang tekong rakyat Filipina untuk membawa masuk enam pendatang tanpa izin melalui perairan Sandakan gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan marin (PGM) di sini, kelmarin.

Kapal milik tekong itu yang berdaftar di Filipina dan terlibat dalam urusniaga tukar barang di sini dikesan membawa enam lelaki dari negara jiran itu ketika diperiksa anggota PGM berhampiran Pulau Berhala di sini pada kira-kira pukul 8 pagi.

Pegawai Pemerintah PGM Sandakan ASP Muhammad Sallam Spawi berkata tekong berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan mengikuti Seksyen 55 Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

“Kapal milik tekong berkenaan didapati membawa enam pendatang tanpa izin berusia 16 hingga 40 tahun dari Kagayan di Filipina,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata kapal itu didapati menyalahguna kebenaran yang diberi untuk urusniaga tukar barang di sini.

Leave a comment

Filed under PTI, Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s