Bankrupt modal & moral, bn guna Gadis SEKSI untuk pancing undi

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Jabatan hal ehwal Agama Islam), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 09

Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar tersebut, Zahid ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan bagi menarik pengundi Cina.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 04Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia “harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina.”

“Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

“Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke Tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

“Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya,” tegas Zahid.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 01

1 Comment

Filed under Malaysian Election

One response to “Bankrupt modal & moral, bn guna Gadis SEKSI untuk pancing undi

  1. Wan Necromation

    Hey 3 gadis yang manis,janganlah jadi umpama pelacur murahan untuk BN. Pengundi undi guna ‘otak’ bukan guna ‘napsu’ Zahid hamidi menteri di Jabatan Agama Islam, saya amat malu lah kenyataan kau subab ‘contradict’ apa yang kamu ‘preach’ selama ni,!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s