BUKAN ISLAM, JANGAN POLITIKKAN ‘ALLAH’: SALLEH KALBI

salleh-kalbi1DUTA Keamanan PBB, Haji Salleh Kalbi (gambar) menggesa semua pihak agar tidak membincangkan isu penggunaan nama ‘Allah’ secara terbuka kerana dibimbangi akan menimbulkan ketegangan agama dan permusuhan kaum.

“Isu ini tidak patut timbul lagi sekarang kerana Kerajaan Negeri Sabah telah menyelesaikan isu ini dengan baik dan tanpa sebarang bantahan daripada semua pemimpin Sabah,” ujar Salleh  daripada Nairobi, Kenya.

Salleh yang kini menghadiri program ‘Ambassador For Peace’ di Nairobi berkata, beliau percaya Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman telah mengambil langkah tegas dan harmoni apabila mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah daripada Tan Sri Chong Kah Kiat pada 1 April 2003.

“Perkara ini telah diselesaikan secara kolektif dengan pewartaan Fatwa melarang penggunaan bukan sahaja nama Allah, malah 31 nama lain oleh penganut bukan Islam,” kata Salleh yang memaklumkan bahawa fatwa berkenaan telah diwartakan pada 11 Disember 2003 melalui warta bernombor 50, Jilid LVIII atas perintah Tuan Ynag Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Kata Salleh, mengikut Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 (Enakmen No. 13 Tahun 1992) Mufti berkuasa membuat dan meluluskan fatwa di bawah seksyen 35, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992.

“Oleh itu, demi keamanan sejagat, saya merayu agar rakyat Sabah menghormati Warta yang telah dibuat dan tidak lagi mempolitikkan isu ini untuk kepentingan peribadi sejajar dengan Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan,” tegas Salleh akan berada di Nairobi sehingga 8 April 2009.

Salleh turut menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyesali kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam kerana sangat mengelirukan umat Islam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata,”Sememangnya masyarakat jahiliah ada menggunakan nama Allah sejak zaman Rasullullah S.A.W. lagi tetapi ia dalam bentuk yang salah dan menyeleweng seperti mereka mengatakan bahawa Allah itu mempunyai anak dan diperanakkan, malaikat merupakan anak perempuan Allah dan Allah mempunyai sekutu seperti berhala dan sebagainya.”

Kerana itu, kata Dr Abdullah, Rasullululah S.A.W. diutuskan untuk menghapuskan penyelewengan ini dan menyeru kembali kepada ajaran tauhid iaitu mengesakan Allah.

Salleh menegaskan bahawa perkataan ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam dan penggunaan perkataan Allah hendaklah berasaskan kepada konsep tauhid seperti yang diajar oleh Islam sebagaimana yang terdapat dalam Surah al-Ikhlas dan ayat-ayat al-Quran yang lain.

 
“Kerajaan Negeri Sabah telah menyelesaikan isu ini dengan baik sebelum ditimbulkan kembali oleh pihak yang berkepentingan untuk mendapatkan ‘political mileage’ daripada isu ini. Jika ia menjadi masalah, kenapa setelah hampir enam tahun baru ditimbulkan kembali,” ujar Salleh kesal kerana bukan sahaja pembangkang, malah penyokong kerajaan juga turut melanyak Perlembagaan Persekutuan dan Warta dengan meledakkan kembali isu yang telah lama selesai ini.
 
Mengikut penyelidikan Sabahkini.net, kenyataan Salleh ternyata benar kerana sesiapa sahaja boleh mendapatkan warta berkenaan daripada Jabatan Cetak Kerajaan dengan harga RM2 senaskhah atau melayari http://www.sabah.gov.my/gazette.
 
 
 
Berikut ialah sedutan Warta berkenaan untuk rujukan;

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992
(Enakmen No. 13 tahun 1992)

FATWA

Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah Seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut:-

“Bahawa-

A. Penggunaan Istilah-istilah Islam oleh orang bukan Islam dalam pengajaran atau pengembangan ajaran mereka adalah dilarang. Istilah-istilah tersebut adalah;

i. Allah
ii. Firman Allah
iii. Ulama
iv. Hadith atau Hadis
v. Ibadah
vi. Kaabah
vii. Kadi
viii. Ilahi
ix. Wahyu
x. Mubaligh
xi. Syariah
xii. Qiblat atau Kiblat
xiii. Haji atau Haj
xiv. Iman
xv. Mufti
xvi. Rasul
xvii. Dakwah
xviii. Solat
xix. Khalifah
xx. Wali
xxi. Fatwa
xxii. Imam
xxiii. Nabi
xxiv. Syeikh
xxv. Hajjah
xxvi. Mussala
xxvii. Musabaqah
xxviii. Injil
xxix. Zakat
xxx. Fitrah
xxxi. Surau
xxxii. Quran atau Al Quran;

B. Larangan ini meliputi penggunaan Istilah-istilah Islam di (A) di atas dalam apa-apa bentuk terbitan bertulis, media cetak, audio-visual dan sebagainya oleh orang bukan Islam”.

Diperbuat di Kota Kinabalu pada 1 Jun 2003.

DATUK HAJI AHMAD ALAWI HAJI ADNAN,
Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

AK : Kalau begini Parti Parti komponen bukan Islam harus meninggalkan BN, kerana kerajaan Musa Aman tidak lagi mau mengiktiraf hak-hak bukan Islam? adakah ini yang dimahukan UMNO Sabah?

Tapi bukankah fatwa untuk orang-orang Islam sahaja?

1 Comment

Filed under Allah, Sabah News

One response to “BUKAN ISLAM, JANGAN POLITIKKAN ‘ALLAH’: SALLEH KALBI

  1. Miclee

    Jika ini yang berlaku…kenapa kerajaan tidak mengubah sahaja isi kandungan injil yang mengandungi istilah tersebut. Kami penganut kristian x pernah mempersoalkan isu tersebut kerana kami belajar mengenai sejarah agama di dunia ketika belajar di IPT dahulu. Jika ada akidah umat lain yang terpesong kerana penggunaan istilah sejak beribu tahun dahulu maka umat itu sendiri yang patut disalahkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s