Hari Islam-Kristian dirayakan pada Pesta Khabar Gembira Malaikat kepada Perawan Maria

5525islamic-christain20day20on20copyBEIRUT: Mac 25 merupakan Hari Islam-Kristian yang pertama sempena hari memperingati Perawan aria. Akhbar L’Oreint-Le Jour melaporkan berita ini di dalam satu artikel yang ditandatangani oleh Fady Noun, yang menyatakan bahawa perayaan baru ini jatuh pada hari Perayaan Pemberitaan Khabar Sukacita kepada Perawan Maria mengikut kalender liturgi Kristian.

“Bersama-sama dengan Maria, Bonda kita,” merupakan tema yang dipilih sempena perayaan ini, di mana ia akan dirayakan sebagai perayaan nasional. Pada ketika ini, ia belum lagi ditetapkan sebagai cuti umum tetapi ia boleh terjadi “pada masa terdekat ini dan sebagai perayaan tradisi Perayaan Pemberitaan Khabar Sukacita kepada Perawan Maria.”

“Ini akan menjadikan Bonda Maria yang dihormati oleh penganut Islam dan Kristian, sebagai faktor kesatuan di kalangan rakyat Lebanon yang menganut pelbagai agama,” ulas akhbar harian berbahasa Perancis tersebut.

Selepas tiga tahun membuat keputusan akhirnya keputusan akhir dibuat pada Mac 13 yang lalu, semasa mesyuarat di cabinet Lebanon. Idea mengenai menjadikan Perawan Maria sebagai simbol perayaan bersama Kristian- Islam datangnya dari Sheikh Mohammad Nokkari, setiausaha agung Dar el-Fatwa semasa Perayaan Pemberitaan Khabar Sukacita kepada Perawan Maria di Kolej Jamhour.

Emir Hares Chehab dan Mohammad Samak, yang samasama mempengerusikan Komiti Dialog Islam-Kristian Nasional, mengalu-alukan inisiatif tersebut begitu juga dengan Perdana Menteri Fouad Siniora. Datuk Bandar Beirul, Abdel- Monhem Ariss turut memberikan jawapan positif terhadap permintaan- permintaan oleh penganjur dan pengusaha untuk mendirikan patung Bonda Maria di hadapan Museum Nasional Lebanon.

Dataran di mana patung itu diletakkan sebenarnya merupakan simpang utama dan mungkin akan diberi nama yang baru sebagai menghormati Perawan Maria. Patung itu akan diukir dengan ‘gaya’ baru di mana Perawan Maria dikelillingi oleh bulan sabit -simbol agama Islam.

Bulan sabit ini juga melambangkan keunggulan Perawan Maria. Satu upacara keagamaan akan diadakan di kapel Bonda Maria di sebuah kolej di Jamhour, di mana “umat Kristian dan Islam berdoa bersama kepada Bonda Maria.”

Majlis itu akan dihiasi dengan doa-doa, mazmur, muzik-muzik kudus, perkongsian, pembacaan dan juga dengan tayangan video dan audio. Sheikh Amr Khaled, salah seorang pengkhutbah penting juga telah menghadiri majlis ini. Msgr Salim Ghazar, pengerusi Komisi Dialog Islam Kristian untuk Perhimpunan Patriak Maronite dan Uskup Uskup juga turut hadir.

Menurut sebuah akhbar Lebanon, para penganjur berharap “daya usaha ini akan membuahkan banyak hasil.”

Beberapa usaha telah dilakukan agar pada tahun hadapan, “perayaan serupa boleh diadakan di enam buah negara lain iaitu Egypt, Morocco, Yordan, Poland, Itali dan Peranchis.”

Leave a comment

Filed under Chatolic Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s