PERANCANG BANDAR ATAU PERANCANG KELUARGA?

kingfisherPENDUDUK yang tinggal di Taman King Fisher Park, Kota Kinabalu dan sekitarnya kesal dengan perancangan kerajaan yang menjadi punca kesesakan jalan raya di waktu puncak menyebabkan perjalanan ke Kota Kinabalu  yang biasanya mengambil masa lebih kurang 10 minit berlanjutan antara 40 minit hingga  90 minit!

“Saya tidak faham Jabatan Perancang Bandar ini merancang bandar atau merancang keluarga? Jika merancang bandar menggunakan kepala, tetapi merancang keluarga menggunakan kondom,” ujar Salihatun Razak, juru cakap penduduk yang bengang dengan kesesakan jalan akibat jambatan dua hala yang menjadi salah satu punca kesesakan jalan susur keluar dari King Fisher Park ke Lebuhraya Sulaman.

Kata Salihatun, adalah tidak wajar jika mereka menggunakan perancangan tahun 1970-an untuk mengatasi masalah tahun 2020 terutama kewujudan ‘bottle neck’ di sepanjang jalanraya dan lebuh raya.

“Dengan jumlah kenderaan semakin meningkat, pemusatan pejabat Kerajaan Persekutuan di Mini Putrajaya, pembinaan komplek di Alam Mesra dan 1Borneo serta Institusi Pendidikan Tinggi yang semakin pesat menyebabkan lebuhraya Sulaman dan jalan susur keluar bagaikan parit yang tersumbat,” kata Salihatun yang kesal kerana semua masalah ini berpunca daripada sindrom rasuah yang semakin membarah di dalam perkhidmatan awam.

Kata Salihatun, rasuah telah menyebabkan projek yang murah menjadi mahal dan kontraktor yang tidak layak menjadi layak sehingga menyebabkan mutu prasarana mudah lusuh dan memerlukan pembaikan segera.

“Dengan kewangan yang terhad, Kerajaan Negeri Sabah terpaksa bergantung kepada dana Kerajaan Persekutuan yang lazimnya digunakan untuk tujuan lain menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan ‘pulau’ King Fisher Park menanggung beban minyak dan membuang banyak masa,” kata Salihatun yang mengesa kerajaan menyegerakan pembinaan Jambatan sehala yang menghubungkan Taman King Fisher dengan Lebuhraya Sulaman. 

Salihatun kesal kerana pembangunan tidak seimbang menyebab bukan sahaja pembayar cukai menangung beban, malah kerugian harta benda akibat banjir kilat di kawasan perumahan atau jalanraya kerana longkang tersumbat.

Sehubungan itu, Salihatun menggesa agar kerajaan memberikan perhatian yang lebih untuk meningkatkan taraf prasarana dan membuat perancangan rapi untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semaki  menyusahkan penduduk.

AK : Bandar Kota Kinabalu umpama Bandaraya Bangkok dan Manila, semakin hari semakin Jammed! We will never be like Sydney or Aukland!

Leave a comment

Filed under Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s