IR Nizar adalah jelmaan ANWAR dalam PAS?

Dalam arena politik Malaysia, bila sebut saja nama ANWAR IBRAHIM, seolah-olah rakyat Malaysia bagaikan semut yang begitu fanatik mengerumuni gula. Dari masyarakat bandar hinggalah ke kawasan desa dan kampung, nama itu begitu besar dan gah. Pidato beliau memang memikat hati sesiapa saja yang mendengarnya….
Sebab itu lah Tun M, juga tertarik pada X-faktor dalam diri DS Anwar, hingga beliau di angkat dan terus diangkat , di gunakan dan terus di pergunakan, hinggalah tidak diperlukan lagi pada 2 September 1998. Dan tarikh itulah bermulanya reformasi , yang menyaksikan kejatuhan Tun M dari pemerintahan hebat selama 22 tahun!!!
Itu DS Anwar Ibrahim.
Namun, tiada siapa menyangka, di tahun 2009 ini, bila protege Tun M melakukan perkara yang hampir sama terhadap seorang Menteri Besar di negeri pilihan rakyat, rupanya keluarlah sebutir lagi permata dari celah-celah kehancuran Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Tiba-tiba ada nama baru, Ir Nizar, seorang yang bersikap rendah diri, teguh pada prinsip perjuangan dan tabah menghadapi pelbagai tindakan buruk yang di usahakan oleh kerajaan UMNO/BN. Secara mendadak Nizar menjadi ikon baru dalam senario politik Malaysia. Rupanya beliau juga ada X-faktor yang membuatkan rakyat jatuh kasih bila bertemu dengannya.
Adakah semua ini suratan atau kebetulan? Namun yang jelas, hari ini nama Nizar meniti dari bibir ke bibir… seorang Menteri Besar yang sah tetapi telah dijadikan mangsa kezaliman UMNO/BN yang berusaha sepenuh kudrat beliau untuk menjaga amanah rakyat Perak yang telah lama rindukan perubahan, yang telah bertahun-tahun ingin membebaskan diri mereka dari belenggu kesengsaraan pemerintahan BN.
Betul lah kata En Lutfi, Pengarang akhbar HARAKAH yang sedang di gantung oleh Menteri Dalam Negeri…. Nizar adalah jelmaan Anwar dalam PAS!

Leave a comment

Filed under Malaysian Election

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s