MCA MINTA JAWATAN TIMBALAN PM?

Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow menggesa Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan jawatan timbalan pengerusi BN untuk diisi oleh presiden MCA bagi mencermin perkongsian kuasa sebenar. “Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini. “Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi realiti pada suatu hari nanti. “Oleh itu, rakyat Malaysia kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ianya hanyalah merupakan satu cakap kosong,” katanya lagi. Menurutnya, pewujudan jawatan timbalan perdana menteri untuk presiden MCA, bukan sahaja membantu menrealisasikan ideologi sebenar pentadbiran perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara. Juga, katanya, jika diberi jawatan tersebut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang adil yang memberi faedah kepada semua pihak, terutama dalam bidang yang berkaitan dengan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Lok juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, bersama Umno dan MIC pada 1957 untuk mencapai kemerdekaan negara. “Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang diberi MCA dan masyarakat adalah amat banyak dan amat besar,” tambahnya. Pada masa yang sama, beliau mengulangi bahawa presiden MCA mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN. “Ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa dalam pentadbiran Datuk Seri Najib,” tambahnya. “Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat pentingnya dan perlunya diwujudkan dua jawatan – timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN – yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA,” tegas Loke lagi.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s