SHAFIE MENTERI PERTAHANAN?

 
 

apdalBERDASARKAN kemenangan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dijangka akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan mengggantikan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kelmarin.

Di dalam Kabinet Abdullah, Shafie memegang potfolio Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan pernah menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum pilihanraya umum 2008.

Najib dijangka akan mengumumkan penubuhan dan rombakan kabinet barunya pada hari rabu minggu hadapan mencerminkan  barisan kepimpinan Umno yang dipilih dalam perhimpunan agung Umno bulan lalu.

Ekoran itu, tercetus spekulasi mengenai beberapa menteri kabinet Abdullah akan digugurkan oleh Najib.

Mereka termasuk Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhd Muhamad Taib; Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendapatkan undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden  juga dijangka dipindah ke kementerian yang lebih kanan.

Datuk Idris Haron pula dijangka dilantik sebagai menteri, mengetuai Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang dijangka akan digabungkan.

Pada masa ini Idris merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Manakala Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang lagi Naib Presiden dijangka dipindahkan ke Kementerian Belia dan Sukan.

Seorang lagi menteri yang tewas dalam pemilihan Umno, Datuk Shahrir Samad telahpun menyerah surat peletakan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan kedudukan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohd Khaled Nordin yang gagal dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno.

Leave a comment

Filed under Sabah News, UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s