2000 bekas PPP sertai KeADILan di Bukit Selambau

ppp-logoBUKIT SELAMBAU, 3 April (SK): Seramai 2000 bekas ahli People’s Progressive Party (PPP) cawangan Bukit Selambau akan menyerahkan borang keahlian Kepada KeADILan dan seterusnya menutup sebelas bahagian cawangannya di sini.

Kesemua borang keahlian ini akan diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah beliau di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang, Sungai Petani pada jam 8 malam esok.

Acara meriah ini dijangakan akan menyemarakkan semangat penyokong dan pengundi atas pagar serta menawan kembali 1,600 kertas undi yang rosak pada pilihanraya ke-12 tahun lalu akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Mereka harus menyatakan sokongan kepada Pekatan Rakyat jika mahu suara mereka didengar di Dewan Undangan Negeri Kedah ini dan tindakan bijak untuk memihak kepada Pakatan Rakyat kerana negeri ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” kata Pengarah Pilihanraya Dun N25 Bukit Selambau Saiful Izham Ramli kepada Suara Keadilan.

“Sokongan tidak berbelah bagi oleh pengundi dan keahlian baru KeADILan di Bukit Selambau ini akan meningkat peratusan yang baik dan menggalakan kepada Pakatan Raykat,” kata Saiful lagi.

pkr-logo“Slogan yang dibawa BN ‘Mohon Restu Rakyat’ telah dijadikan bahan tertawa penduduk Bukit Selambau bila isu kes pembunuhan wanita Monggolia dan rasuah politik wang sesama mereka seperti kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno dan kekalahan Mukhris Mahathir dalam pemilihan majlis tertinggi Umno akibat politik wang dan ketidaktelusan pemimpin BN dalam menangani rasuah,” jelas Saiful

“Rakyat Bukit Selambau kini tadak boleh dipermainkan dengan sentimen untuk merestui segala permainan kotor BN yang semata-mata mahukan kemenangan namun tidak akan mendengar kesusahan rakyat di sini,” tambah beliau lagi.

Menurut Saiful, peratusan peyokong Pakatan Rakyat telah meningkat dengan mendadak bila ramaipemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat iaitu, Anwar Ibrahim, Murshidul Am Pas Nik Aziz dan Penasihat Dap Lim Kit Siang datang berceramah di kawasan Bukit Selambau.

“Jadual ceramah di adakan pada setiap malam di merata-rata tempat dalam kawasan Bukit Selambau dengan mengundang ahli pimpinan atasan Pakatan Rakyat termasuk Persiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar,” kata Saiful.

2 Comments

Filed under Malaysian Election

2 responses to “2000 bekas PPP sertai KeADILan di Bukit Selambau

  1. Asha

    PPP, MCA dan Gerakan satu gerakan yang tidak releven lagi bagi perjuangan rakyat Malaysia, pemimpin mereka hanya nak tunggu bersara dan dapat Tun, Tan Sri macam Jeanne Abdullah. Bukan untuk rakyat, tapi diri mereka sendiri…

  2. daniel85grivin

    This news will not b published in BN TV (TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9). Sure! But if this new leak into public, this will cause many doubt about what really happen in Selambau and Gantang. Do really people in Selambau reject PR or they getting bored with BN? I hope that people in Sarawak knows that what they heard and watch at television is not the reality. Go PKR!! Go!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s