Dr M kembali ke Umno hari ini

Tun Dr  Mahathir Mohamad menyerahkan borang keahlian untuk kembali semula ke pangkuan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Turut menyerah borang keahlian untuk menyertai semula Umno ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya, Datuk Mokhzani.

NONEBorang tersebut diserahkan kepada Najib dalam sidang akhbar selepas mereka mengunjungi perdana menteri, di kediaman rasminya di Sri Satria pagi tadi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau belum pasti cawangan Umno yang akan disertainya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam satu ceramah di Alor Star pada 19 Mei tahun lalu tahun atas alasan hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Sementara itu, Najib berkata sesiapa sahaja boleh menyertai semula Umno untuk memperkukuhkan parti.

Bantu kempen

Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga akan membantu BN berkempen dalam kesemua tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batanga Ai.

najib meet mahathir 040409 01Mengenai kabinet baru, Najib berkata, beliau memerlukan masa kerana ramai pekerja parti sibuk berkempen dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Ditanya sama ada ramai lagi tahanan ISA yang akan dibebaskan, Najib berkata, itu tidak boleh cakap.

Sementara itu, ketika menjawab soalan wartawan, Dr Mahathir berkata sepanjang beliau meninggalkan Umno, banyak kelemahan yang berlaku dan beliau tidak puashati menyebabkan beliau meninggalkan Umno.

“Saya harap Datuk Seri Najib akan menyatupadukan parti Umno dan orang Melayu,” katanya.

Sanusi Junid

Ditanya sama ada Tan Sri Sanusi Junid juga akan masuk Umno, Dr Mahathir menjawab: “Saya akan minta Sanusi dan sesiapa yang telah keluar Umno di Kedah supaya masuk balik.”

Wartawan juga bertanya semasa bapa Najib – Tun Razak Hussein – menjadi perdana menteri, beliau (Dr Mahathir) juga kembali ke Umno dan sekali lagi kembali ke Umno, apabila Najib menjadi perdana menteri.

najib visit petaling street 040409Kepada soalan tersebut, Dr Mahathir berkata, ia berlaku secara kebeltulan sahaja.

“Sepatutnya, Datuk Seri Najib menerima borang kemasukan anak saya, tetapi hari ini beliau terima borang saya juga…,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan turun berkempen dalam pilihanraya kecil sekarang, Dr Mahthir berkata, beliau akan cuba berkempen di mana sahaja.

Ditanya mengenai peluang BN kali ini, mantan presiden Umno itu berkata: “Saya tak pasti, tapi 50-50…,”

Ditanya mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir bertanya balik: “Siapa Anwar? Orang yang nak jadi PM pada 16 September ke?”.

Sementara itu, Najib kemudian melawat kawasan perniagaan popular, Petaling Street dalam usaha mengilap imejnya di kalangan masyarakat Cina.

Selain itu, beliau melawat dan meramah mesra dengan penduduk di Jalan TUn Sambathan dan Vista Angkasa di Kerinci

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s