SULTAN SABAH DITANGKAP BERSAMA 11 PENGIKUT?

SEORANG lelaki berbangsa Suluk, Datu Abdul Razak Datu Aliuddin, 41, ditahan bersama 11 orang pengikutnya setelah mereka mengadakan perhimpunan haram dan bertindak membakar enam bendera Sabah di hadapan Pasaraya Milimewa dan Pasar Rakyat, Lahad Datu sekitar jam 8.30 pagi tadi (Sabtu).

Mengikut fakta kes, kesemua mereka berkumpul di hadapan Pasaraya Milimewa untuk menarik perhatian orang ramai sebelum bertindak nekad membakar bendera Sabah sebelum bergegas ke Pasar Rakyat untuk melakukan perkara yang sama sebaik sahaja mendapati ramai orang berkumpul dan bersorak apabila tiga lagi bendera Sabah dibakar.

Tidak cukup dengan itu, mereka bergegas ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu dengan tujuan yang tidak pasti tetapi dipercayai untuk mencabar polis menangkap mereka tetapi mereka tidak dapat masuk ke balai setelah polis yang bertugas menahan mereka di pintu masuk setelah menerima maklumat daripada polis yang menyaksikan mereka melakukan kegiatan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Derah Lahad Datu, Mohammad Suhaimi Abdul Rahman, kesemua mereka ditangkap dan ditahan di Balai Polis Lahad Datu untuk siasatan polis.

Kesemua mereka adalah wargananegara Malaysia kerana memiliki mykad berumur antara 18 hingga 41 tahun yang tinggal di sekitar daerah Lahad Datu.

“Kita masih menyiasat apa motif mereka dan kenapa mereka melakukkannya,” ujar Suhaimi  yang memberitahu bahawa kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 143 (Akta 574), Kanun Keseksaan iaitu mengadakan Perhimpunan Secara Haram.

Jika sabit kesalahan kata Suhaimi, mereka akan dipenjara selama enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Kita telah menempatkan 80 anggota polis untuk mengawal keadaan dan sebagi langkah berjaga-jaga. Saya menasihati orang ramai jangan percaya kepada sebarang khabar angin dan menyerahkan kes ini kepada kebijaksanaan polis,” ujar Suhaimi yang melaporan keadaan di Lahad Datu adalah terkawal.

Dalam pada itu, Abdul Razak sebelum ini mengaku sebagai ‘Sultan Sabah’ yang berkuasa penuh ke atas negeri ini dan menggunakan cop mohor dan bendera Kesultanan Sulu telah beberapa kali mendapat liputan media masa tempatan sebelum kejadian ini.

Leave a comment

Filed under Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s