BY-ELECTIONS SHOW MATURITY OF MALAYSIAN VOTERS/KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL MEMPERLIHATKAN KEMATANGAN PENGUNDI DI MALAYSIA

khalidThe Pakatan Rakyat Government in Selangor would like to congratulate the winners in the three by-elections which saw Pakatan Rakyat winning two seats in Bukit Gantang and Bukit Selambau while Barisan Nasional maintains the Batang Ai constituency.

The results in Bukit Gantang and Bukit Selambau is indeed an indication of the maturity of Malaysian voters who have behaved in an exemplary manner in exercising their constitutional rights. It is obvious that despite racial and religious incitement by various irresponsible factions, the voters’ prime consideration was the reliability of individuals and the party they represent. Malaysians have indeed become politically-savvy which bore well with the development of the nation’s democracy.

Having spent some time with the Batang Ai voters, we believe that the by-election result does not represent the real sentiment of the local people who faced many restrictions including media, communication and transportation. We call on the federal government to increasing the campaign period for rural areas like the Batang Ai as this would allow the voters to be more informed.

In a related issue, the state believes that the federal government should review the total cost spent in running the by-elections. It is quite clear that huge resources were spent and the tax payers must be aware how their contributions were spent during the elections

We would also like the federal government to consider setting up a special fund for by-elections as seen in many developed countries. This would ensure transparency and accountability in the spending without risking the efficiency of electoral process in Malaysia.

MENTERI BESAR SELANGOR
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada tiga pemenang di tiga kawasan pilihan raya kecil yang menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerusi Parlimen di Bukit Gantang- Perak, dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau-Kedah, manakala Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN Batang Ai-Sarawak.

Sesungguhnya kemenangan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau memberikan petunjuk betapa matangnya para pengundi di Malaysia dalam hal menggunakan hak-hak mereka yang dilindungi Perlembagaan, secara bijaksana.

Jelas sekali, dalam keghairahan segelintir pihak tertentu memainkan isu perkauman dan agama, namun pilihan raya kecil tersebut berhasil memperlihatkan sikap majoriti pengundi yang lebih mengutamakan parti yang didukungi mengatasi sentimen semata-mata.

Sebaliknya, keadaan di Batang Ai agak berbeza kerana keadaan itu tidak menggambarkan sentimen pengundi sebenar lantaran penduduk setempat menghadapi pelbagai sekatan termasuk akses terhadap media, komunikasi dan sistem pengangkutan yang menyukarkan.

Kami merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya melanjutkan masa kempen di kawasan-kawasan pedalaman seperti Batang Ai bagi membolehkan bakal pengundi mendapatkan maklumat yang secukupnya.

Dalam isu yang berkaitan, Kerajaan Negeri percaya betapa perlunya Kerajaan Persekutuan menilai kos bagi membiayi pilihan raya kecil. Nampaknya sejumlah besar sumber kewangan terpaksa dibelanjakan, dan dalam hal ini para pembayar cukai sepatutnya menyedari yang sumbangan mereka digunakan bagi tujuan yang lebih berfaedah.

Sebagaimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Persekutuan, kita juga bercadang untuk menubuhkan dana khusus bagi pilihan raya sebagaimana diwujudkan di beberapa negara maju. Hal ini bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam hal membelanjakan wang tanpa perlu mendatangkan risiko terhadap proses pilihan raya yang efisien di Malaysia.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Leave a comment

Filed under Malaysian Election

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s