HAPUSKAN AKTA MESIN CETAK

syed_hamid_albarKUALA LUMPUR 7 April – Kementerian Dalam Negeri akan mencadangkan kepada kerajaan supaya memansuhkan dua akta yang tidak relevan dan mengkaji tiga lagi akta supaya disesuaikan mengikut peredaran semasa. Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, akta yang boleh dimansuhkan ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Kediaman Terhad 1953. Katanya, akta yang perlu dikaji secara mendalam pula ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat 1969 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 (LLPK). Tambah beliau, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan boleh dimansuhkan bagi membolehkan syarikat- syarikat penerbitan bergerak lebih bebas sejajar dengan tuntutan rakyat masa ini. “Rakyat tidak suka akta itu, syarikat-syarikat media pun tidak suka akta itu,” katanya pada sidang akhbar khas di kediaman beliau di sini hari ini. Namun, Syed Hamid mencadangkan agar pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak melalui perdebatan terbuka. Bagi Akta Kediaman Terhad pula, beliau mencadangkan ia dimansuhkan sepenuhnya kerana boleh dianggap telah lapuk pada zaman ini. “Dengan wujudnya kemudahan komunikasi seperti telefon bimbit dan Internet, kandungan akta itu seperti hukuman buang daerah dan sebagainya gagal menepati matlamat yang diinginkan,” jelasnya. Menurut Syed Hamid, tiga akta yang dicadangkan untuk diubah mengikut kesesuaian zaman pula perlu memastikan wujud keadilan yang lebih ketara terhadap mereka yang ditahan. Jelas beliau, ISA misalnya akan dilihat lebih telus jika wujud proses mahkamah dalam penahanan seseorang suspek yang mungkin mewujudkan ancaman kepada negara. Katanya, ISA tidak boleh dilihat oleh rakyat sebagai digunakan secara sewenang-wenangnya. Beliau berkata, pemansuhan dan perubahan terhadap akta-akta itu akan dapat memenuhi gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mewujudkan Satu Malaysia. (UM)

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s