Kontraktor kesal tindakan pihak berkenaan lambat beri cek pinjaman

10th April, 2009

  • Kontraktor kelas F kesal terhadap tindakan pihak berkenaan yang lambat memberikan cek pinjaman pembiayaan perniagaan kepada para pemohon se-hingga tarikh projek tamat.

Pengadu mendakwa telah mendapat surat daripada Pejabat MARA Negeri Sabah (KKU:1802-09-00059) yang meluluskan bantuan pembiayaan perniagaan sebanyak RM70,000 pada 19 Februari lepas namun sehingga kini cek bayaran berkenaan masih belum dikeluarkan.

Katanya, “kebiasaannya MARA mengeluarkan cek bayaran dalam lingkungan masa 3 hingga 5 minggu namun sedikit menghairankan kerana permohonan saya sudah diluluskan lebih dari sebulan tetapi masih belum mendapat cek. Tambah menghairankan lagi apabila ada pemohon yang baru sahaja memohon tetapi cek bayaran sudah dikeluarkan pula.

“Apabila saya bertanya kepada pihak yang berkaitan, seringkali jawapan yang diberikan agak mengecewakan. Bayangkan setiap kali saya mengajukan pertanyaan mengenai hal ini, mereka (MARA) hanya menjawab “tidak tahu”, “jumpa saya minggu depan” ataupun “duit belum sampai dari KL”. Jika duit belum ada kenapa pihak yang bertanggungjawab meluluskan permohonan kami?,” soalnya.

“Saya bukannya mahu menunding jari kepada mana-mana pihak atas kelewatan yang berlaku namun saya cukup berharap agar hal ini dapat diselesaikan serta merta. Tambahan pula sebelum inipun saya pernah membuat pinjaman dengan MARA tetapi hal seperti ini tidak pernah berlaku … Malah mereka (MARA) cukup pantas membantu kami. Tetapi kali ini … hal ini cukup mengecewakan malah menghai-rankan …” ujarnya sedih.

Pengadu yang mendapat tawaran kerja daripada JPNS melalui cabutan undi yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Kecil Tamparuli turut mendakwa bahawa akibat belum mendapat cek bayaran itu, beliau tidak dapat menyiapkan projek mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu 23 Mac lepas.

Namun menurut beliau, atas budi bicara pihak pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, mereka secara lisan memanjangkan tempoh itu sehingga 15 April depan.

“Jika kami gagal menyiapkan projek ini, kami akan berdepan dengan masalah seperti lesen di senarai hitamkan. Jadi kami berharap agar pihak MARA dapat memahami keadaan kami. Mungkin ada alasan tertentu kenapa hal ini boleh berlaku na-mun saya tetap berharap agar jalan penyelesaian dapat dilakukan segera bagi mengurangkan beban kami,” pintanya.

  • Jurucakap bagi Pejabat MARA Kuala Lumpur ketika dihubungi oleh Actionline belum dapat memberi sebarang ulasan lanjut mengenai aduan yang dibuat tetapi menjamin akan memberikan penjelasan penuh selepas siasatan dilakukan dalam kadar segera demi kebaikan semua pihak.

Leave a comment

Filed under Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s