Pelbagai pihak sokong iktiraf bangsa Bumiputera Sabah

kdm-sabah1KOTA KINABALU: Pelbagai pihak me-nyokong cadangan supaya kerajaan Perse-kutuan memberi pengiktirafan sewajarnya terhadap penduduk tempatan sebagai “bang-sa Bumiputera Sabah” dan bukan dikategorikan sebagai “lain-lain bangsa” dalam semua urusan atau borang pentadbiran kerajaan.

Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu, menyokong cadangan itu ba-gaimanapun katanya perincian terhadap bangsa-bangsa di Sabah perlu dinyatakan dengan jelas untuk memudahkan pengenalan.

“Memang bangasa-bangsa yang ada di Sabah tidak digazetkan dalam perlembagaan. Oleh itu kerajaan perlu membuat sesuatu untuk membetulkan keadaan.

“Kami juga pernah menyuarakan perkara yang sama sebelum ini tetapi tidak ada tindakan susulan jelas yang diambil oleh kerajaan per-sekutuan sehingga kini,” katanya.

Dengan itu beliau meminta supaya semua bangsa yang ada di Sabah dimasukkan atau di-gezatken dalam perlembagaan supaya apabila mengisi borang, tiada lagi tertulis ‘lain-lain bangsa’ untuk ruangan penduduk bukan Melayu, India dan Cina.

“Ini penting kerana kita juga rakyat Ma-laysia. ‘lain-lain bangsa’ seolah-olah kita bukan orang Malaysia, jadi sudah tiba masanya semua bangsa di Sabah digazetkan dalam perlembagaan,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk dari Tam-paruli, Alex Jones, turut menyokong langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan bangsa-bangsa lain terutamanya rakyat asing, kerana Sabah juga adalah antara sebuah negeri dalam Malaysia.

“Adalah tidak adil bagi rakyat bumiputera di Sabah dinyatakan sebagai ‘lain-lain bangsa’ dalam borang kerana kita juga rakyat Malaysia yang sama taraf dengan bangsa Melayu, Cina dan India di negara ini,” katanya.

Katanya lagi, langkah memasukkan semua bangsa bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak adalah untuk memperkenalkan identiti bumiputera Sabah dan Sarawak supaya ia setara dengan bangsa utama di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Johnny Mositun, supaya kerajaan Persekutuan memberi pengiktirafan kepada penduduk tempatan sebagai “bangsa Bumiputera Sabah” dan bukan “lain-lain bangsa” dalam se-mua urusan.

Katanya, kebanyakan borang pentadbiran kerajaan sekarang hanya meletakkan kategori bangsa Melayu, Cina dan India manakala bangsa lain di Sabah dan Sarawak dikategorikan sebagai “lain-lain bangsa”.

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya bangsa Bumiputera Sabah dan Sarawak diiktiraf sebagai satu daripada rumpun bangsa utama di Malaysia.

Di Sabah, terdapat lebih 30 suku kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan Rungus tetapi memadailah kalau rumpun bangsa ini dikategorikan sebagai bangsa Bumiputera Sabah dan bukan “lain-lain bangsa”, kata Johnny.

1 Comment

Filed under Sabah News

One response to “Pelbagai pihak sokong iktiraf bangsa Bumiputera Sabah

  1. dapnie

    ya!! betul 2! aku sokong..sy pn x sk klu tym isi borang kerajaan xda pn perkataan2 yg berkaitan dgn bumiputra sbh..mcm la sabah ni bkn dlm m’sia..klu mcm bgini bgs lg sabah tadbir sabah sndri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s