ROMBAKAN KABINET SABAH,EDWARD KHOO MENTERI INFRASTRUKTUR?

020020020aedward

 

 

 

 

 

 

 

ROMBAKAN Kabinet Negeri Sabah yang akan dilakukan pada bila-bila masa daripada sekarang menyaksikan Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo akan dinaikkan pangkat menggantikan Datuk Raymond Tan setelah Japlin dan sekurang-kurangnya dua lagi Pembantu Menteri yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu.

Menurut sumber terdekat dengan Jabatan Ketua Menteri, Raymond Tan terpaksa meletakkan jawatan kerana bertentangan konsep Barisan Nasional disebabkan beliau tidak mewakili mana-mana parti setelah Parti Maju Sabah (SAPP) yang beliau wakili keluar daripada Barisan Nasional.

Edward Khoo disebut-sebut akan menggantikan Raymond bagi memperolehi sokongan masyarakat China yang semakin merosot akibat layanan tidak adil BN kepada mereka sehingga memberi undi kepada DAP di Parlimen Kota Kinabalu.

Sementara itu, Japlin yang dibebaskan dengan ikat jamin akan dihadapkan ke Mahkamah bersama dua lagi Pembantu Menteri yang akan ditangkap SPRM dalam waktu terdekat.

Sumber daripada SPRM, seorang pemimpin kanan UMNO akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada hari ini atas tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah. 

Leave a comment

Filed under Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s