Askar Wataniah: Matlamat tersembunyi UMNO / BN

Di blog ini kami telah mendedahkan taktik dan perancangan jahat UMNO/BN untuk mengekalkan kuasa menghadapi pilihanraya akan datang melalui menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara

Kami menyatakan: “Mengimbas kembali pilihanraya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.”

Hal tersebut amat jelas satu konspirasi yang telah lama diketahui tetapi rakyat tidak mampu mendedahkannya lantaran Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah lama menjadi sebuah badan yang diperkosa oleh UMNO/BN.

Penggunaan askar wataniah sebagai taktik untuk menambahkan undi pos yang berpihak kepada UMNO/BN nanti akan lebih difahami apabila kita melakukan penelitian yang mendalam terhadap konspirasi tersebut.

Sebagai contoh, persoalan samada seorang askar Wataniah itu hanya dibenarkan mengundi sekali.

Gambar di bawah ialah screen shot (imbasan skrin komputer) daftar pemilih untuk Dewan Undangan Negeri N39 Kota Damansara, Selangor, bertarikh Jun 2005. Perhatikan bahawa kesemua 31 nama yang tersenarai mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan awam dan satu kad pengenalan tentera (nombor berpangkal ‘T’ di hujung nama). Dalam kes ini semua penama berdaftar untuk mengundi di ‘Unit Peti Undi (UPU)’ Kem Sungai Buloh.

Diberi pemilih mempunyai dua kad pengenalan, persoalan cepumasnya ialah, beranikah SPR menjamin bahawa pemilih hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja dan tidak dibolehkan mengundi dua kali. Yakni, mengundi di UPU X dengan kad pengenalan tentera, dan sekali lagi di UPU Z dengan kad pengenalan awam, sedangkan SPR sendiri yang telribat mengatur dan merencanakan konspirasi itu?Greenboc

10 Comments

Filed under Malaysia News

10 responses to “Askar Wataniah: Matlamat tersembunyi UMNO / BN

  1. Wan Necromation

    Tipu-Tipu dan kaki penipu. Inilah dia si Zahid AF Hamidi @ loyar buruk

  2. Askar Allah

    Ya rabbi. Gini pulak rancangan jahat mereka. Inalillah

  3. Maverick

    Fairdinkum ,
    Wataniah Soldiers Of Fortune

  4. pro pr

    kalau dasarnya suka menipu,asyik fikir cara menipu je

  5. Malaysian Sabahan

    Tipu helah ini bukan sekadar UNDI POS sahaja. Perancangan halus UMNO yang sebenarnya mewujudkan keadaan kacau bilau dalam negara, tentera wataniah digunakan untuk menghapuskan penyokong dan pemimpin Pembangkang di seluruh Malaysia. Editorial Utusan Malaysia “MELAYU BANGKIT” salah satu contoh untuk mencapai matlamat UMNO mewujudkan suasana itu.

  6. chris

    ya, i think we are heading the burma way.

    damn, how to stop them? comes next election, the army will control!

  7. Young KDM

    Memang BN ni kurang ilmulah

  8. suhailee

    Amalkan demokrasi sebenar.

  9. muazsobri

    hati mau baik beb.jgn terlalu bersangka buruk

  10. Henry Agus

    If this is a reality, easy for UMNO to shift votes to 50 -50 parlimentary area to defeat Pakatan. Shame on you!

    Muazsobri, I think this can be a sad reality in Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s