Biro Kewarganegaraan UPKO Berjaya bantu selesaikan kes Kerakyatan

dsc0022033 lagi kes berjaya diselesaikan dalam masa terdekat menurut kenyataan Ketua Biro, YB Donald Peter Mojuntin pada  hari ini. Mungkin banyak lagi kes berjaya diselesaikan tetapi rakyat yang sudah mendapat IC tersebut tidak memberikan ‘feedback’ kepada Biro ini.

 

Kerakyatan adalah asas (fundamental) yang utama bagi rakyat Malaysia membantu  Datuk Seri Najib mencapai objektif ke arah ‘One Malaysia’ Tanpa kerakyatan, seseorang itu akan dinafikan hak mereka sebagai individu yang layak menerima bantuan-bantuan dari kerajaan, hak-hak pemilikan harta secara sah ,hak bumiputera, hak mengundi dan sebagainya.

 

Ahli Biro Kewarganegaraan ini terdiri dari ahli parti dan juga ahli bukan parti NGO seperti Presiden Cash Datuk Patrick Sindu, Pegawai IDS Anthony Kiob, PKR Moyog Bryan Matasang, Godfrey Daya Junior, Viola Dompok, Goven Lasong,  Presiden Peranakan Ranau Alldem Chia, Syra and CDO Moyog Alvin Lee. Lain-lain ahli akan dilantik kemudian.

 

Menurut YB Donald lagi, terdapat lebih kurang 300-600 kes IC merah dari suku kaum Murut dan Lundayeh di Tenom dan Sipitang, dimana mereka telah tinggal lebih dari 30 tahun. Perkara ini akan dibincangdan dikemukakan pada pihak kerajaan secepat mungkin.

 

dsc00216Menurut saudara Alldem, banyak kes-kes pelajar Dusun di Ranau dimana kebanyakan mereka tidak dapat bantuan makanan kerana ibubapa mereka memegang IC merah. Banyak surat pekeliling dari Kerajaan Pusat menidakkan akta negeri Sabah. Sedikit sebanyak beliau ada membantu pelajar tersebut, namun bilangannya juga ramai.

 

PKR Bryan berkata kes-kes serupa berlaku di Moyog. “Kalau begini matilah orang Kadazandusun, akibatnya menjadi PTI  di tempat sendiri” katanya. Alvin Lee pula menegaskan bahawa mengambil alihan hak pendaftaran perkahwinan mahkamah anak negeri pada 31 Mac 1982 kepada NRD  telah mendatangkan sedikit komplikasi kepada anak pasangan tersebut namun beliau akan mengutarakan hal ini kepada pihak NRD melalui biro ini kelak.

 

YB Donald membuat kesimpulan bahawa Biro ini tidak bertindak sebagai pengganti kepada NRD sebaliknya umumnya sedar bahawa Jabatan kerajaan mempunyai kekangan (limitation) dan biro ini sedia membantu kedua-dua belah pihak iaitu rakyat(kumpulan sasar) dan NRD. Biro ini adalah biro yang tidak bergaji dan secara sukarela membantu kepada mangsa-mangsa yang malang. Buat masa ini secretariat biro ini adalah di ‘Head Quarters’  namun penyimpanan fail kes-kes dilakukan di Pejabat UPKR Moyog dan Pejabat Kementerian Pembangunan Sumber and Maklumat.

 

Kinabalukini

2 Comments

Filed under Sabah News, UPKO

2 responses to “Biro Kewarganegaraan UPKO Berjaya bantu selesaikan kes Kerakyatan

  1. Henry Agus

    Good job UPKO. While UMNO recruiting PTI, you guys helping genuine Malaysian citizens.

  2. Living

    Well done UPKO! We support you as a genuine party in Sabah and just do it for Sabahans welfare and trustee. TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s