Jambatan Bengkok : Rakyat rugi 20% (237 juta), KWSP penyelamat?

j-bengkokHarga asal bagi projek jambatan bengkok adalah RM1.113 bilion bagaimanapun pada 12 April 2006 projek mega itu terpaksa ditamatkan menyebabkan jumlah pampasan yang dibayar kepada syarikat terbabit sebanyak RM237 juta.

Maksudnya budjet cuma tinggal RM 0.876 billion. Bagaimana untuk membina jambatan ini lagi, sedangkan budjet tinggal 80%? Mungkinkah Najib akan bermain ‘silap mata’ lagi dan meminjam baki RM 237 juta dari wang rakyat KWSP.

Itulah akibatnya, selama ini, kerajaan sentiasa ‘menjaga’ 1.2 juta kakitangan kerajaan dan kepelbagaian tuntutan CUEPECS berkenaan isu had umur persaraan, kenaikan gaji 10% dan sebagainya, namun hakikatnya 12 juta kakitangan swasta lah yang bakal menjadi penyelamat dan penerusan agenda pembangunan kerajaan menerusi penabungan KWSP.

Isu-isu gaji minima swasta, hari cuti bersalin, anuiti skim pencen untuk swasta dan pemotongan levi masih lagi belum ‘settle’ hingga ke hari ini. Janji tinggal janji. Walaubagaimanapun, jumlah dividen kepada penabung KWSP pula sangatlah rendah pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya, walaupun KWSP mencatatkan keuntungan yang lebih besar. Alasan mudah ‘investent error’.

Saya amat berminat mengetahui tindakan kerajaan seterusnya mengenai isu ini.

Anti Kronisma

K’jaan disaran teruskan jambatan bengkok

Apr 14, 09 4:03pm

Pemuda Umno Johor mencadangkan kerajaan mengkaji semula projek Jambatan Bengkok yang pembinaannya dibatalkan pada 2006 kerana berpendapat projek itu mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor.

“Ia (pembinaan jambatan bengkok) adalah pelaburan jangka panjang dan tiada siapa yang dapat menafikan kesan positif projek pembinaan jambatan itu terhadap ekonomi Johor dan di dalam mewujudkan pelbagai peluang ekonomi lain,” kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Johor, Khalid Mohamad. Mkini

1 Comment

Filed under Malaysia News

One response to “Jambatan Bengkok : Rakyat rugi 20% (237 juta), KWSP penyelamat?

  1. Anti Kronisma

    Updates: Shahrir against crooked bridge, prefers better ties.

    Looks like UMNO johor have 2 heads now.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s