JEFFREY GESA SPRM SIASAT MUSA KERANA LANTIK HASNOL?

 
 dr-jef1
 
PERLANTIKAN anak saudara Ketua Menteri Sabah, Hasnol Ayub Aman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS) baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila ramai pihak beranggapan Hasnol tidak mempunyai kredibiliti mengetuai ‘Think Tank’ Kerajaan Negeri.
Naib Pengerusi Parti Keadilan rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang menghubungi Sabahkini.net berkata beliau melihat perlantikan tersebut akan menurunkan taraf IDS sebagai sebuah organisasi yang disegani selama ini dan mendorong berlakunya kepincangan integriti.

“Kita mahu tahu siapa lantik Hasnol terajui IDS? Apa kapasiti dan kelayakan Hasnol untuk menerajui institusi amat penting untuk menjana pembangunan Sabah yang ternyata kurang berkesan sejak Musa Aman menjadi Ketua Menteri,” ujar Jeffrey yang kesal kerana Musa melakukan kesilapan demi kesilapan dengan memperakukan perlantikan saudara mara di IDS yang terletak di bawah jurisdiksi Ketua Menteri.

Jeffrey menekankan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera menyiasat perlantikan di ‘luar tabii’ ini kerana melibatkan bapa saudara melantik anak saudara sebagaimana tertakluk di bawah takrifan di Akta Pencegahan Rasuah dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kata Jeffry, mengikut tafsiran Akta SPRM;

“saudara”, berhubungan dengan seseorang, ertinya—

(a) isteri atau suami orang itu;
(b) adik atau abang atau kakak orang itu;
(c) adik atau abang atau kakak isteri atau suami orang itu;
(d) orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas
atau ke bawah dengan orang itu;
(e) orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas
atau ke bawah dengan isteri atau suami orang itu;
(f) orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah
dengan orang yang disebut dalam perenggan (b);

(g) bapa saudara, emak saudara atau sepupu orang itu; atau
(h) menantu orang itu;

 hasnol
 
MAMPUKAH Hasnol (tengah) menerajui IDS atau sekadar menjadi ‘Yes Man’ kepada Musa Aman?
 
 
Sehubungan itu, kata Jeffrey, Musa secara sedar telah menyalahi Akta berkenaan dan melakukan rasuah dengan melantik anak saudaranya dan memperoleh keuntungan peribadi di atas perlantikan berkenaan.

Jeffrey menegaskan, IDS telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1985 untuk menyelaras polisi yang bertunjangkan kegiatan penyelidikan menyelesaikan masalah sosio-ekonomi dan pentadbiran  pembangunan dan berjaya diperbadankan pada 1 April 1986.

“Saya kesal kerana mereka yang berkelayakan seperti Dr Yakub Johari dipindahkan ke Koridor Sabah dan Musa melantik mereka yang bukan sahaja tidak layak kerana mempunyai kaitan saudara, malah tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan dan pembangunan,” kata Jeffrey yang juga Mantan Pengerusi IDS.

Dengan perlantikan Datuk Clearence Bongkus Malakun sebagai Pengerusi Eksekutif IDS dan Hasnol sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jeffery menyifatkan Musa meletakkan IDS sama taraf dengan Lembaga Pelabuhan Sabah yang diperkecilkan fungsinya berikutan pengswastaan operasinya kepada Suria Capital Berhad.
 
Mengikut rekod, Mohd Hasnol bin Ayub, 44, merupakan anak abang kandung Musa Aman iaitu Datuk Ayub Aman yang berkelulusan Diploma Lanjutan Pentadbiran Perniagaan dan MBA daripada University of Wales,United Kingdom turut menjadi Pengarah Suria Capital Berhad dan Pengarah Urusan Jahsia Construction Sdn, Jahsia Sdn.Bhd, Pengarah Sabah Port Sdn.Bhd, S.P.Satria Sdn.Bhd, Pengarah Hikmat Bumimaju Sdn.Bhd dan menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sejak 2004.

Sabahkini

6 Comments

Filed under Sabah News, UMNO

6 responses to “JEFFREY GESA SPRM SIASAT MUSA KERANA LANTIK HASNOL?

  1. Hi, cool post. I have been wondering about this topic,so thanks for sharing. I will certainly be subscribing to your site. Keep up great writing

  2. atasPAGAR

    Jeffrey pun pernah jadi pengerusi IDS ka? Masa zaman PBS ka tu? Zaman PBS ketua menterinya si pairin ba kan? Pairin tu abang jeffrey so siapa yg lantik jeffrey jadi pengerusi IDS kalau bukan ketua menteri (abangnya sendiri)?? Mungkin ada org bilang dia jadi pengerusi IDS sbb dia ada jawatan dlm PBS of coz kena bagi jawatan dlm kerajaan. Tapi kalau undang2 suda ckp tdk buli lantik saudara, si pairin buli lantik si jeffrey di position lain bah tdk semestinya IDS. Cakap tdk serupa bikin

  3. ali

    sya setuju dgn ataspagar…dia ada point…memang betul pun ‘cakap tidak serupa bikin’…benda ni pernah jadi lama sudah bah…kenapa mau ungkit yg sekarang punya kesalahan….

  4. atasPAGAR

    no ali…im not saying cm is wrong by appointing hasnol just that jeffrey bising hasnol kena lantik jadi ceo IDS walhal jeffrey pun pernah jadi pengerusi IDS i think masa abang dia jadi CM, its like kalau dia buat ok but if other ppl buat tdk ok

  5. kadazandusunyouth

    masalahnya hasnol tu tiada pengalaman lg ba…lagi pun c musa aman sudah byk terlibat dalam rasuah kan betul2…jeffry kena lantik jadi pengerusi dulu pun sebab kelayakan…kita pun tau dia berkelulusan sampai peringkat Dr kan….

  6. peenyambungzuriat

    Begini saja la,just wait and see.. atau kalau si jeffrey ndak puas hati..he can always come to IDS and talk face to face dgn hasnol.baru dia tau credible ka ndak.. senang cerita!kalau main cakap saja..budak2 pun boleh.

    kalau pasal education ja.byk bah orang ada phd. but to run an organization is a different story!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s