Musa Aman Tak Aman?

Permohonan Musa ketepi saman bekas KM ditolak

musa-aMahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (foto) dan tiga yang lain, untuk mengenepikan saman bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat berhubung pembinaan patung Mazu di Kudat.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Yew Jen Kie berkata sama ada Chong atau Yayasan Amal Thean Hou Kudat, yang mana Chong sebagai pengerusi, mempunyai locus standi dalam saman itu, hanya boleh ditentukan menerusi bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan itu.

Peguam utama bagi para pemohon, Datuk Mohammad Shafee Abdullah memohon penggantungan prosiding bagi merayu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

Bagaimanapun, peguam Chong, Ansari Abdullah meminta permohonan itu ditolak dan meneruskan perbicaraan yang telah bermula sejak 12 Januari, sehingga mahkamah rayuan memihak kepada pemohon.

Tetapi Mohammad Shafee menegaskan bahawa sekiranya perbicaraan diteruskan ia akan membazirkan masa dan wang dan oleh itu, meminta perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu permohonan pemohon di mahkamah rayuan yang mendapat bantahan Yew.

Pada 18 April, mahkamah mendengar permohonan untuk membatalkan permohonan Chong, Ketua Menteri Sabah ke-13 (2001) yang mendakwa bahawa Musa dan tiga yang lain, telah menyalahgunakan kuasa berhubung projek Mazu.

Mereka (pemohon) membantah bahawa Chong tidak mempunyai locus standi dalam saman itu memandangkan Yayasan Amal Thean Hou Kudat tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan oleh itu tidak mempunyai kesahan untuk mencabar keputusan bagi menarik balik kebenaran yang diberi oleh Lembaga Bandar Kudat kepada yayasan, untuk membina patung Mazu setinggi 88 kaki.

Mohammad Shafee mendesak supaya yayasan itu didaftarkan dengan ROS kerana ia merupakan keperluan yang ditetapkan undang-undang termasuk mendaftarkannya di bawah badan amanah swasta di mana Chong bertindak sebagai pemegang amanah dan bukan sebagai anggota.

Menurut Ansari, tidak terdapat keperluan yang ditetapkan undang-undang bahawa seseorang itu perlu mendaftar badan amanah di bawah Akta Pemegang Amanah atau Ordinan Penggabungan Pemegang Amanah, kecuali mereka mahu berbuat demikian.

7 Comments

Filed under Sabah News, UMNO

7 responses to “Musa Aman Tak Aman?

  1. Menard

    Biar macam mana pun, dia tetap CM kita.
    Kita tidak tahu sama ada dia betul corrupt ataupun tidak, allahualam.

    Apa pun, lebih baik kita tunggu dan lihat saja di GE 13 nanti.

  2. Arman

    Salam 1Malaysia.

    Heard his term as CM will be over soon.

    Let just forget about this and let the man be.

    Let him do his work until his term is over.

  3. Anita

    Kira Mazu kes nei settle dah. Lagipun TCKK kalah dlm kes nei.

    CM tetap akan teruskan kerja dia walaupun terlalu banyak cerita yang kurang enak di baca dan didengari.

    Lupakan la sja isu. Consider dah lama dah.

  4. Alicia

    Betul tu Menard:)
    Musa Aman tu CM kita… Sebagai orang Sabah kita patut sokong beliau…
    Lagipun CM kita da curahkan banyak usaha untuk bangunkan Sabah:)
    Keep it up Datuk:)

  5. blake8

    hmmm… Bila wujud rasa kurang senang, apapun yang CM kita lakukan semuanya buruk belaka…
    Sepatutnya kita cuba fikir secara positif…
    CM da banyak buat pembangunan d Sabah ni… Jadi janganlah terlalu menyimpan syak terhadap CM k:)

  6. Ann

    Kita xda bukti pun so janganlah asyik condemn Datuk Musa k..
    Kita patut sokong beliau dalam usaha membangunkan rakyat Sabah..

  7. Joycelyn

    So what’s the deal? jadi kenapa la if kena batal CM punya permohonan untuk ketepikan saman Chong Kah Kiat? only a statement ba mau bagi tau kan….jadi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s