Aduan nama Jalan Kg. Lampijas tidak diendahkan?

dsc00226

 Kg. Lampijas merupakan antara kampung yang tertua di daerah Membakut. Beberapa tokoh utama yang pernah tinggal di Kg. Lampijas adalah mendiang Edward Basintal, guru besar tempatan (local) yang pertama di Membakut. Anaknya Encik Francis Basintal (Bekas Guru Besar St. John dan PK1 Sacret Heart KK) , Paul Basintal, Pengarah Taman-Taman Sabah.

Antara yang tinggal dan beristirehat di Lampijas sekarang ialah keluarga Godfrey Daya (bekas Pengetua SM ST.Patrick/St John) , keluarga bekas Ketua kg.  Encik Lajim dan bekas penolong kanan St. Patrick, Encik Linus Ambus.

Sebagaimana yang disampaikan oleh wakil penduduk kepada pengarang membakut2u,  Daniel telah menyatakan bahawa nama kampung Lampijas adalah dengan tulisan L.A.M.P.I.J.A.S namun kontraktor JKR telah tersilap menulis nama jalan kampung ini sebagai LIMPIJAS.

Daniel berkata perbuatan endah tak endah kerajaan  ini telah memalukan dia dan penduduk kampungnya.” Sebagai sebuah kampung yang melahirkan banyak cendikiawan, saya rasa ini adalah suatu yang amat memalukan kami. ‘Signboard pun ada cop JKR Sabah, apalah guna jurutera-jurutera JKR yang hanya duduk di office sahaja? Bak kata pepatah cina; kalau benda yang mudah tak dapat urus, apakan lagi pembangunan negara? Pengarah Taman-taman Sabah yang ada sekarang  pun pernah tinggal di Lampijas. Jadi berharap pihak berkuasa dapat membetulkan keadaan sini.”

“Sewaktu kontraktor berkenaan memasang tanda jalan, saya sendiri telah menegur mereka namum mereka engkar dan mahu saya menghubungi JKR negeri. Saya sudah memaklumkan kepada majlis Daerah dan menulis kepada JKR negeri tetapi setakat ini, tidak ada kata-kata balasan dari mereka”

dsc00225

Berita Lanjut sila kunjungi http://membakut2u.wordpress.com

Leave a comment

Filed under Racist, Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s